Utama

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Selepas 5 Tahun Ditutup, Pusat Peranginan Bukit Larut Bakal Dibuka Semula
Pusat Peranginan Bukit Larut, yang pernah ‘sunyi’ selepas bencana tanah runtuh pada November 2019, kini kembali bersedia menyambut para pengunjung.
Selepas lebih lima tahun ditutup dan kerja pembaikan intensif bernilai lebih RM20 juta, pusat peranginan ini dijadualkan dibuka semula mulai 1 April akan datang.
Difahamkan, pelbagai usaha pemulihan telah dijalankan bagi memastikan keselamatan serta keselesaan semua pengunjung.
Kerja pembaikan di enam lokasi runtuhan serius kini selesai sepenuhnya.
Jalan-jalan yang sebelum ini terjejas akibat tanah runtuh juga telah dibaiki dengan lebih kukuh.
Bukan sekadar landskap indah dan udara segar, Bukit Larut kini menawarkan beberapa tarikan baharu:
Banglo Beringin
Banglo Angkasa
Banglo Tempinis
Banglo-banglo ini boleh disewa dengan harga serendah RM500 semalam, sesuai untuk percutian bersama keluarga atau rakan-rakan.
Tiga tapak perkhemahan disediakan oleh Majlis Perbandaran Taiping bagi mereka yang sukakan aktiviti pendakian dan pencinta alam semula jadi.
Atas faktor keselamatan, semua pengunjung yang hadir diwajibkan mengisi borang indemnity dan mengimbas kod QR yang disediakan semasa keluar dan masuk.
Ini bagi memastikan rekod pergerakan pengunjung dapat dipantau dengan lebih baik.
Selain itu, hanya kenderaan jeep dibenarkan naik ke puncak bukit untuk memastikan kelancaran perjalanan serta mengurangkan risiko kejadian yang tidak diingini.
Untuk maklumat lanjut, berikut adalah jadual caj pengoperasian yang akan dibuka di Pusar Peranginan Bukit Larut:


BACA: Jangan Buang, Lelaki Tunjuk Cara Buat Kopi Dari Biji Kurma
BACA: Dirasmikan 59 Tahun Lalu, Ini Sejarah Pembinaan Tugu Peringatan Negara
BACA: Dah Lama Sangat Tak Bersenam, Ini 7 Penyakit Boleh Sangkut Kalau Teruskan Amalan Ni
Sumber: Mohd Fadli via Facebook, Astro Awani (1) (2)