Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anwar Terima SUV EV Togg Daripada Erdogan Sebagai Simbol Persahabatan

Sofea
anwar terima suv
Kredit Gambar: Bernama

Anwar Terima SUV EV Togg Daripada Erdogan Sebagai Simbol Persahabatan

PUTRAJAYA, 11 Feb (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima sebuah kenderaan elektrik (EV) Togg sebagai hadiah daripada Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.

Erdogan menghadiahkan Togg T10X berwarna putih itu kepada Anwar sebagai tanda persahabatan.

Anwar kemudiannya memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik sepenuhnya itu ke Kompleks Seri Perdana bersama Erdogan bagi menyaksikan pertukaran perjanjian, sidang media bersama, serta jamuan makan tengah hari.

BACA: PLUS Dijangka Uji Sistem Tol Tanpa Palang

Ditubuhkan pada tahun 2018, Togg merupakan pengeluar EV nasional utama pertama Turkiye.

Terdahulu, Erdogan diberikan sambutan negara di Kompleks Perdana Putra, diikuti pertemuan empat mata dengan Anwar selama hampir satu jam, serta mesyuarat dua hala.

Sumber: BERNAMA