PLUS Dijangka Uji Sistem Tol Tanpa Palang
PLUS Expressways Berhad bakal memulakan ujian rintis sistem tol tanpa palang menjelang April tahun ini, menurut laporan The Edge.
Langkah ini adalah sebahagian daripada inisiatif syarikat konsesi lebuh raya untuk meningkatkan kecekapan pembayaran tol serta mengelakkan salah guna dan eksploitasi keuntungan.
Walaupun butiran sistem akhir yang akan digunakan masih belum diumumkan, PLUS dilihat mempunyai kelebihan melalui anak syarikatnya, Teras Teknologi Sdn Bhd.
Syarikat ini telah lama menyediakan sistem pengumpulan tol elektronik untuk kebanyakan lebuh raya di Malaysia.
Pada masa yang sama, PLUS turut bercadang membolehpautkan sistem mereka kelak dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Dengan adanya integrasi ini, pemandu yang mempunyai tunggakan tol perlu menyelesaikannya terlebih dahulu sebelum dibenarkan memperbaharui cukai jalan mereka.
Untuk info, Touch ‘n Go eWallet turut sedang menguji satu ciri baharu yang membolehkan pengguna melepasi tol walaupun baki e-dompet rendah.
Namun, mereka diwajibkan menyelesaikan bayaran tertangguh dalam tempoh 24 jam, dengan had pembayaran sehingga RM80 sehari.
Kerajaan sebelum ini menyasarkan pelaksanaan laluan tol tanpa palang bermula tahun 2025 ini.
Bagaimanapun, dengan perkembangan terbaru ini, masih belum dapat dipastikan sama ada sistem tersebut akan dilaksanakan secara rasmi pada tahun ini, atau akan ditangguhkan.
BACA: Disyaki Pukul Anak, Pekerja Kantin Direman Bantu Siasatan
BACA: Trump Cadang Gencatan Senjata Gaza Dibatalkan Sabtu Ini
BACA: Kanak-kanak Tujuh Tahun Ditemukan Lemas Di Kolam Renang
Sumber: Amanz via Astro Awani