Siakap Keli
koleksi hikayat ariani

Koleksi Hikayat ARIANI Karya Seindah Busana Sediakan 300 Pilihan Hijab, 300,000 Baju Raya Sempena Aidilfitri

Koleksi Hikayat ARIANI Karya Seindah Busana Sediakan 300 Pilihan Hijab, 300,000 Baju Raya Sempena Aidilfitri

KUALA LUMPUR, 13 FEBRUARI 2025 – Menyuntik semangat Aidilfitri yang bakal tiba,  ARIANI kembali ke pentas peragaan dalam mempersembahkan koleksi HIKAYAT ARIANI  KARYA SEINDAH BUSANA bertempat di Grand Ballroom Kuala Lumpur Convention  Centre. 

Koleksi ARIANI kali ini mengilhamkan rekaan hijab dan busana terkini dengan pelbagai  pilihan dan gaya yang cukup menawan. Sebanyak 158 daripada 600 pilihan hijab dan busana  terbaru diperkenalkan dengan kombinasi warna, material dan cetakan yang lebih unik, moden  dan elegan yang dipertontonkan kepada 1000 tetamu yang hadir pada majlis pertunjukan fesyen  itu.  

Menurut Datin Seri Farah Haryani, Ketua Pegawai Eksekutif Ariani, di dalam ucapannya, Aidilfitri bukan sekadar berkumpul bersama keluarga dan sahabat handai serta saling  bermaaf-maafan, tetapi juga tentang meraikan kebersamaan bersama keluarga dan insan tersayang dalam persalinan baju baharu. Tidak kira mahal atau murah, baju raya menjadi simbol  kebahagiaan dan kenangan yang memberikan nilai sentimental kepada pelanggan kami dalam  menyambut lebaran.  

Bermula dari rekaan selendang sehinggalah ke pilihan tudung instant, koleksi ARIANI ini merangkumi lebih 300 pilihan hijab polos dan printed yang merangkumi:  50 rekaan bawal satin dan twill bercorak, 100 rekaan bawal voile bercorak, 50 selendang bercorak dalam material cotton, satin dan chiffon, 100 rekaan selendang dan bawal polos yang diperincikan dengan diamand dan sulaman dan didatangkan dalam 60 pilihan warna hot selling raya.

koleksi hikayat ariani

Tidak sekadar itu, ARIANI LUXE pula menampilkan lebih 100 rekaan eksklusif dengan perin cian French lace dan kemasan kristal Swarovski. Formulasi tudung premium dengan sentuhan artisan menjadi salah satu tarikan utama koleksi lebaran kali ini. Terdiri daripada bawal dan  selendang bercorak, sehinggalah ke tudung polos, semuanya didatangkan dalam material  berkualiti tinggi. 

Pelakon sensasi Rozita Che Wan atau dikenali sebagai Che Ta, berjaya memukau dan mengejutkan tetamu yang hadir dengan membuka tirai pertunjukan fesyen petang itu, sebagai  Muse ARIANI LUXE 2025. Masih berbisa dengan aura primadona, Che Ta kelihatan angun  dan cantik bergaya memperagakan tudung dari ARIANI LUXE. Pernah menjadi wajah kempen  ARIANI pada tahun lalu, Che Ta meluahkan rasa teruja dan bersyukur menjadi sebahagian  keluarga besar ARIANI, meskipun dihimpit kontroversi. 

koleksi hikayat ariani

Meneruskan pertunjukan fesyen ARIANI pada petang itu, acara tertumpu kepada koleksi ARIANI  READY-TO-WEAR. Menurut Datin Farah Haryani, sebanyak 300,000 helai baju raya yang terdiri  daripada kurung, jubah, kurta dan baju melayu disediakan untuk lebaran kali ini.

Meskipun hanya 158 rekaan sahaja dipertontonkan pada pertunjukan fesyen kali ini, hakikatnya ARIANI RTW mempunyai 300 rekaan terkini yang terdiri daripada baju kurung dan jubah bercorak serta polos di  mana saiznya bermula dari bayi, kanak-kanak, remaja sehinggalah saiz dewasa yang didatangkan  dalam hampir 10 material berbeza, termasuklah cotton, satin, twill, brocade serta yang terbaru chiffon, crepe, jacquard dan banyak lagi. 

koleksi hikayat ariani

ARIANI tetap berpegang kepada keteguhan identiti jenama ini yang sentiasa menghasilkan koleksi  selendang dan busana pada harga terbaik seiring dengan kualiti tudung dan busana yang dihasilkan,  baik untuk pasaran butik fizikal juga untuk pasaran online. Kesemua koleksi tudung ARIANI ini  disasarkan untuk semua wanita pelbagai peringkat usia. 

Masih mengekalkan tiga pesona jelitawan Malaysia, Datin Lisa Surihani, Uyaina Arshad dan Bella  Dally sebagai duta ARIANI serta Fyza Kadir sebagai Muse ARIANI PREMIUM. Tidak cukup  dengan empat figura ini, ARIANI juga turut memperkenalkan 11 wajah baharu untuk kempen raya ARIANI 2025 termasuklah Siti Khadijah, Siti Saleha, Amyra Rosli, Mawar Rashid, Uqasha Senrose, Liza Abdullah, Aqila Shamsudin, Amar Baharin, Naim Danial, Roy Azman dan Ezzaidi  Aziz, di samping turun bekerjasama dengan rakan-rakan pempengaruh Tiktok yang lain. 

Majlis pada petang itu dihangatkan dengan pertunjukan fesyen dari koleksi ARYAN. Penampilan  hero-hero Malaysia yang terdiri daripada Dato Rahim Razali, Dato Fizz Fairuz, Edika Yusoff, Arash Mohamad, Rusdi Ramli, Sham Visa, Roy Azman dan Zarul Umbrella menggamatkan suasana dalam persalinan baju melayu dan kurta mengembalikan nostalgia kegemilangan lakonan  mereka suatu ketika dahulu. 

Kemuncak majlis pada petang itu diserikan dengan satu lagi kejutan kolaborasi istimewa antara ARIANI bersama LIBERTY LONDON, yang merupakan sebuah gedung fesyen mewah yang terkenal di London. Selain menawarkan pilihan fabrik yang berkualiti dengan corak bunga ikonik, LIBERTY juga menawarkan fesyen ready to wear, aksesori wanita, barangan kecantikan dan dekorasi  rumah dengan sentuhan klasik dan unik. Koleksi LIBERTY X ARIANI ini menampilkan 5 rekaan  potongan tradisional dengan empat pilihan corak evergreen dari LIBERTY sebagai simbolik mengangkat nilai budaya Malaysia bersama jenama antarabangsa. 

Selain itu, ARIANI juga turut menjalinkan kolaborasi bersama BOKITTA, jenama tudung instant  tanpa pin yang cukup popular di Malaysia. Koleksi istimewa keluaran ARIANI x BOKITTA edisi  raya ini merangkumi 4 rekaan tudung instant plain, dengan 4 pilihan fabrik berbeza. Koleksi lengkap  ARIANI x BOKITTA ini akan dikeluarkan secara berperingkat bermula Jualan Mega Lebaran yang  akan datang sehinggalah ke penghujung tahun ini. Sebanyak lebih 30 rekaan yang diperkenakan  menerusi kerjasama ARIANI X BOKITTA ini. 

Majlis pada petang itu diteruskan dengan pertunjukan fesyen dari ARIANI PREMIUM khusus  untuk pelanggan yang gemarkan rekaan mewah dengan sentuhan eksklusif dan dijual dalam kuantiti  yang terhad. Penggunaan material sutera, satin berkualiti tinggi dan kapas berkualiti tinggi dengan  pelbagai rekaan potongan yang dilengkapi dengan aksesori berupa kristal Swarovski antara keistimewaan koleksi ARIANI PREMIUM ini.

Tak sekadar cantik di pandang, tapi cukup praktikal  untuk digayakan. Kesemua koleksi ARIANI sempena lebaran ini akan dijual secara berperingkat bermula hari ini dan koleksi lengkap sepenuhnya akan berada di pasaran sempena Jualan Mega Lebaran yang akan berlangsung pada 21 Februari akan datang. 

Majlis yang berlangsung di The Grand Ballroom, Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur  itu turut diserikan dengan persembahan beberapa penyanyi popular tanah air, antaranya Dato’ Amy  Search, Dato’ Awie, Ziana Zain dan Dayang Nurfaizah. Majlis pertunjukan fesyen pada petang itu  dianggap antara penganjuran pertunjukan fesyen terbaik dan termahal yang pernah dianjurkan oleh  ARIANI. Majlis yang penuh gemilang itu turut dihadiri oleh tetamu istimewa iaitu, Tengku Permaisuri Hajjah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor. 

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: