Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Skechers Lancar Koleksi D’Lites Sempena Ulang Tahun Ke-20 Pada 16 Oktober

Skechers Lancar Koleksi D’Lites Sempena Ulang Tahun Ke-20 Pada 16 Oktober

Jenama kasut antarabangsa, Skechers bakal melancarkan koleksi kasut wanita D’Lites 20th Anniversary pada 16 Oktober ini sempena sambutan ulang tahun ke-20 pengenalan model ikonik berkenaan.

Skechers Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan koleksi terbaharu itu menampilkan empat rekaan berbeza, iaitu D’Lites – 20th Anniversary, Chrome Wave, Wild Charm dan Bling Bling, yang menggabungkan elemen reka bentuk klasik dengan sentuhan kontemporari.

Menurut syarikat itu, koleksi berkenaan mengekalkan identiti kasut D’Lites yang terkenal dengan reka bentuk tapak tebal, selain memperkenalkan perincian baharu seperti kemasan metalik, corak harimau bintang, aksesori berinspirasikan barang kemas serta hiasan batu berkilau.

Kesemua model dalam koleksi itu dilengkapi teknologi pelapik dalaman Skechers Air-Cooled Memory Foam bagi memberikan keselesaan ketika berjalan, selain tapak luar fleksibel yang direka untuk meningkatkan cengkaman.

Tiga daripada empat model berkenaan, iaitu D’Lites – 20th Anniversary, Wild Charm dan Bling Bling, turut dilengkapi tapak tengah yang memberikan sokongan tambahan serta membantu menyerap hentakan.

Bagi model D’Lites – 20th Anniversary yang dijual pada harga RM429, Skechers memperkenalkan rekaan menggunakan gabungan bahan sintetik menyerupai kulit dan fabrik jejaring, dengan hiasan batu berkilau serta kemasan metalik.

Model itu ditawarkan dalam tiga pilihan warna, iaitu Black Rose Gold, White Rose Gold dan Natural Gold.

Sementara itu, D’Lites – Chrome Wave yang turut berharga RM429 menggabungkan fabrik jejaring, bahan sintetik dan kulit asli, selain menampilkan perincian metalik pada bahagian kasut.

Model berkenaan hadir dalam pilihan warna Black Rose Gold, Natural dan Grey.

Bagi pengguna yang menggemari corak lebih menyerlah, D’Lites – Wild Charm pula mengetengahkan corak harimau bintang dengan gabungan bahan sintetik, suede asli dan fabrik jejaring.

Model yang ditawarkan pada harga RM429 itu hadir dalam tiga pilihan warna, iaitu Black, Taupe dan White.

Skechers turut memperkenalkan D’Lites – Bling Bling pada harga RM499 yang menampilkan hiasan batu berkilau pada keseluruhan bahagian atas kasut, dengan dua pilihan warna, Black dan Off-White.

Selain koleksi ulang tahun berkenaan, syarikat itu turut mengetengahkan model berasingan, Skechers Hands Free Slip-ins: Arch Fit D’Lites 330, yang ditawarkan untuk lelaki dan wanita pada harga RM599.

Model tersebut dilengkapi teknologi Hands Free Slip-ins bagi memudahkan pemakaian tanpa perlu menggunakan tangan, selain ciri Heel Pillow untuk membantu memastikan kaki berada pada kedudukan yang stabil.

Ia turut menggunakan sistem pelapik dalaman Arch Fit bagi memberikan sokongan dan kusyen tambahan, serta tapak luar getah Goodyear untuk meningkatkan cengkaman, kestabilan dan ketahanan.

Bagi lelaki, model itu ditawarkan dalam pilihan warna Olive, Black dan White, manakala pilihan wanita merangkumi Light Blue, Natural, White Black dan White.

Koleksi Skechers D’Lites 20th Anniversary yang dijual pada harga bermula RM429 serta model Arch Fit D’Lites 330 akan tersedia di cawangan Skechers terpilih, termasuk di 1 Utama Shopping Centre, Pavilion Bukit Jalil, Pavilion Kuala Lumpur, Sunway Pyramid, Suria KLCC dan The Exchange TRX.

Pengguna juga boleh mendapatkan koleksi berkenaan secara dalam talian menerusi laman web rasmi Skechers Malaysia di www.skechers.com.my.

Intipati
  • Skechers bakal melancarkan koleksi D’Lites 20th Anniversary untuk wanita pada 16 Oktober.
  • Empat rekaan ditawarkan, termasuk Chrome Wave, Wild Charm dan Bling Bling, bermula RM429.
  • Model Arch Fit D’Lites 330 turut tersedia untuk lelaki dan wanita pada RM599.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan