Siakap Keli
suspek kes bunuh wanita cod
Gambar: BERNAMA

Suspek Kes Bunuh Wanita COD Makanan Berjaya Ditangkap

Suspek Kes Bunuh Wanita COD Makanan Berjaya Ditangkap

Seorang lelaki dipercayai suspek kes bunuh seorang peniaga makanan yang mayatnya ditemui berhampiran Sungai Kuantan di Pahang sudah pun diberkas.

Ketua Polis Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, suspek yang berusia 53 tahun itu ditangkap di sebuah rumah di kawasan perumahan Wakaf Tembesu di Gong Badak di Kuala Terengganu.

Menurut Wan Mohd Zahari, suspek ditahan oleh pasukan Jabatan Siatasan Jenayah (JSJ) Kontinjen Terengganu dan Pahang kira-kira pukul 5:30 pagi tadi.

Supek kes bunuh wanita COD makanan sudah ditangkap polis

“Turut dirampas bersama suspek adalah sebentuk cincin, wang tunai, pakaian dan dokumen untuk membantu siatan.

“Pihak polis akan membuat permohonan reman ke atas suspek di Mahkamah Majistret Kuantan pada hari ini,” kata Wan Mohd Zahari.

Dengan penangkapan tersebut, pihaknya berjaya menyelesaikan kes pembunuhan melibatkan peniaga makanan yang mayatnya ditemui di tepi sungai berhampiran jambatan Tanjung Lumpur pada 13 Februari lepas.

“Polis mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan,” kata Wan Mohd Zahari lagi.

BERNAMA sebelum ini melaporkan penemuan mayat seorang peniaga makanan wanita tempatan Norshamira Zainal, 37, dan siasatan lanjut mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa.

Kesan kecedaraan difahamkan telah ditemui pada badan wanita itu selain barang kemas yang dipakainya juga dilapor hilang.

Kes turut dapat perhatian Sultan Pahang

Kejadian malang menimpa ibu kepada seorang anak lelaki itu turut mendapat perhatian Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mahu suspek terlibat diberkas segera dan hukuman setimpal dikenakan jika disabitkan kesalahan membunuh.

Al-Sultan Abdullah bersama Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah turut berkenan melawat keluarga mangsa di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) semalam.

BACA: Akhirnya, Ujian DNA Dedah Identiti Pembunuh Bersiri ‘Jack The Ripper’

Sumber: Polis Kuantan, BERNAMA

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.