Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Rempuhan Stesen Kereta Api india
Gambar: X/@AkanshaShreyan

15 Maut Dalam Rempuhan Di Stesen Kereta Api Di Ibu Negara India

Iqbal Yasir

15 Maut Dalam Rempuhan Di Stesen Kereta Api Di Ibu Negara India

NEW DELHI, 16 Feb (Bernama) — Sekurang-kurangnya 15 orang maut dalam insiden rempuhan di Stesen Kereta Api New Delhi pada Sabtu malam apabila orang ramai berpusu-pusu menaiki kereta api ke Prayagraj bagi menghadiri festival Hindu Maha Kumbh.

Menurut laporan media tempatan, ramai lagi turut cedera dalam kejadian itu.

“Sangat sedih dengan insiden rempuhan yang berlaku di Stesen Kereta Api New Delhi. Doa saya bersama mereka yang kehilangan insan tersayang. Seluruh pasukan sedang berusaha membantu semua yang terkesan oleh kejadian tragis ini,” kata Menteri Kereta Api India Ashwini Vaishnaw menerusi hantaran di X.

Beliau berkata kereta api khas telah digunakan “bagi memindahkan orang ramai susulan lonjakan luar biasa jumlah penumpang” di stesen utama ibu negara India itu, antara yang paling sibuk di negara berkenaan.

Saksi kejadian menggambarkan situasi kelam-kabut di beberapa platform ketika ribuan penumpang berebut mendapatkan tempat duduk di dalam kereta api ke Prayagraj, kira-kira 700 kilometer dari New Delhi.

Jumlah korban dilaporkan antara 15 hingga 18 orang, termasuk ramai wanita dan kanak-kanak.

Sejak festival enam minggu itu bermula pada 13 Jan, terdapat beberapa kes kemalangan jalan raya berlaku membabitkan penziarah ke Prayagraj berlaku di Uttar Pradesh dan negeri lain.

Prayagraj sendiri menyaksikan kejadian rempuhan pada 29 Jan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 30 penziarah, menurut angka rasmi.

Puluhan juta orang telah melakukan ritual mandi suci di pertemuan Sungai Gangga dan Yamuna di Prayagraj.

Sumber: BERNAMA

BACA: 5 Penyakit Kanser Sering Dihidapi Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

BACA: Vaksin Influenza Percuma Untuk Warga Emas Yang Layak

BACA: “Di sinilah tempat kita cari rezeki..”, Lelaki Kongsi Suasana Di TBS Buat Ramai Sebak