Siakap Keli
nur nilam sari

Istimewa, M.Nasir Dendangkan Lagu Nur Nilam Sari Di Hari Perkahwinan Anak

Istimewa, M.Nasir Dendangkan Lagu Nur Nilam Sari Di Hari Perkahwinan Anak

Nur Nilam Sari, nama yang tidak asing bagi peminat lagu-lagu rock kapak. Seperti yang diketahui, lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Wings ini dicipta oleh M.Nasir dan arwah Loloq.

Ia juga sebenarnya lagu khas yang ditulis oleh M.Nasir untuk anak perempuannya yang bernama Nur Nilam Sari.

Terbaru, orang ramai dapat menyaksikan lagu tersebut didendangkan oleh M.Nasir sendiri untuk anaknya itu di hari yang sangat istimewa.

M.Nasir telah ‘menghadiahkan’ lagu itu ketika di majlis perkahwinan Nur Nilam Sari yang berlangsung pada Sabtu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Sinar di TikTok, M.Nasir dilihat berada di samping anak dan menantunya ketika menyanyikan lagu tersebut.

BACA JUGA: Awie Pun Terjebak, Nyanyi Lagu Nur Nilam Sari Versi ‘Pinjam Seratus’

Nur Nilam Sari kelihatan teruja bercampur sebak ketika mendengar nyanyian oleh bapanya. Manakala, orang ramai yang berada di kenduri itu turut bersama-sama menyanyikan lagu terbabit.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen teruja melihat M.Nasir menyanyikan lagu tersebut secara live. Malah, ada juga yang mengucapkan tahniah kepada Nur Nilam Sari.

“Wajah Nur Nilam Sari seperti wajah arwah ibunya,” kata seorang netizen.

Imagine your daddy buat lagu untuk you,” kata seorang lagi.

@sinar_my

Anak mana yang tak tersentuh atau sebak bila ayah tercinta macam ni kan 🥹 Hadiah paling bermakna pastinya buat Putri @mnasirmohamed apabila ayah tercinta menyanyikan lagu NUR NILAM SARI yang dibuat khas untuknya di hari bahagia 🥹🤍 Semoga mahligai yang dibina kekal sampai syurga 🤲🏻✨ #SINARKongsi #SINARMuzikRetroTerbaik #nurnilamsari #fyp #foryoupage #fyppppppppppppppppppppppp #trending

♬ original sound – SINAR – SINAR

Bagi yang belum tahu, Nur Nilam Sari adalah anak kelima hasil perkahwinan pertama M. Nasir dengan Junainah Johari. Allahyarhamah Junainah meninggal dunia akibat asma pada 8 Ogos 1998.

Sebelum ini, nama Nur Nilam Sari menjadi tular di media sosial selepas lirik lagu itu ditukar kepada ‘pinjam seratus Nur Nilam Sari’. Bahkan,  Awie juga pernah berseloroh menyanyikan lirik tersebut.

M.Nasir ketika diminta untuk mengulas mengenai jenaka tersebut berkata dia tidak kisah lirik lagu itu ditukar.

“Pada saya TikTok merupakan platfotm paling efektif dan menjadi budaya pada era ini. Tak tahu bila akan basi .Tidak ada negatif atau positif kerana ia tengah popular.

“Bergantung kepada pengguna untuk memanfaatkannya. Itu hak awam, saya tak ada benda nak cakap,” katanya.

Sumber: Sinar_my

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.