Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Perhilitan Tangkap Buaya Tembaga Tersangkut Jaring Di Kolam Tadahan UniSZA

Hannah
Buaya Tembaga UniSZA
Sumber: BERNAMA

Perhilitan Tangkap Buaya Tembaga Tersangkut Jaring Di Kolam Tadahan UniSZA

JERTIH, 16 Feb (Bernama) — Seekor buaya tembaga ditemukan tersangkut pada jaring di kolam tadahan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kampus Besut, Tembila dekat sini pagi semalam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu Loo Kean Seong berkata pihaknya menerima panggilan daripada pihak UniSZA mengenai reptilia sepanjang satu meter itu kira-kira pukul 8.30 pagi sebelum sepasukan anggota digegaskan ke lokasi.

“Anak buaya itu tersangkut di jaring ketika kerja-kerja pembersihan kolam tadahan oleh pekerja kebersihan UniSZA.

“Buaya itu diserahkan kepada pejabat Perhilitan Daerah Besut bagi tindakan sewajarnya,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata buaya itu dipercayai tersesat dari sungai yang terletak kira-kira 600 meter dari kampus berkenaan.

BACA: Fitri Jadi Pengadil Pertama Dipecat FAM

BACA: RUU Iltizam Kecekapan Pentadbiran Awam Dijangka Diwartakan Sebelum Akhir Tahun – KSN

BACA: Kes Bunuh Peniaga Wanita: Polis Tahan Pekerja Pajak Gadai Untuk Bantu Siasatan

Sumber: BERNAMA