Siakap Keli
kenapa bau hospital sama
Gambar: Bernama

Rupanya Ini Sebab Kenapa Mana-Mana Hospital Bau Sama

Rupanya Ini Sebab Kenapa Mana-Mana Hospital Bau Sama

Seperti yang diketahui, hospital merupakan lokasi yang menempatkan ramai orang atau pesakit yang mengalami masalah kesihatan.

Lazimnya, anda hanya hadir ke tempat ini atas urusan kesihatan mahupun kematian.

Tapi perasan atau tidak? Setiap kali pergi ke hospital, terdapat bau yang sama, tidak kira di mana-mana hospital anda pergi.

Tentunya anda tertanya-tanya bukan apa sebenarnya bau ini? Adakah bau ini berasal daripada ubat-ubatan atau peralatan perubatan atau disebabkan oleh benda lain?

Oleh itu, SK hari ini akan rungkaikan pertanyaan yang membelenggu di fikiran anda mengenai perkara ini di bawah.

Ini sebab mana-mana hospital ada bau sama

Gambar: Public Domain

Menurut KnowsWhy.com, bau yang terdapat di hospital berpunca daripada bahan pembasmi kuman yang digunakan.

Hospital secara umumnya menempatkan ramai pesakit yang berisiko dijangkiti kuman atau patogen. Disebabkan itu, kawasan sekitar hospital akan kerap dibersihkan terutamanya kawasan di mana ramai berkumpul seperti ruang menunggu, tandas dan wad pesakit.

Bagi mengurangkan penyebaran bakteria bawaan udara, kebanyakan hospital menggunakan Iodoform, sebatian yang bertanggungjawab menghasilkan bau tersebut.

Iodoform ialah sebatian yang terdiri daripada karbon, hidrogen, dan iodin. Ia merupakan pembasmi kuman yang stabil dan sering digunakan untuk membersihkan wad, koridor, serta kawasan lain di hospital. Malah, dalam sesetengah keadaan, ia juga disembur ke udara selain digunakan sebagai antiseptik untuk membunuh bakteria.

Namun, dengan kemajuan teknologi, banyak hospital kini beralih kepada alternatif yang kurang berbau seperti cetrimide. Bahan ini dikatakan lebih stabil pada suhu tinggi dan mempunyai bau yang lebih lembut berbanding Iodoform.

Menurut Sensing Spaces of Healthcare, bau yang mendominasi ruang hospital adalah daripada pecahan bahan kimia digunakan bagi tujuan pembersihan dan membasmi kuman.

Salah satu fungsinya adalah untuk menyingkirkan bau daripada masalah yang dialami pesakit, termasuk bau darah.

Sumber: Sensing Spaces of Healthcare, KnowsWhy.com

BACA: 5 Penyakit Kanser Sering Dihidapi Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

BACA: Vaksin Influenza Percuma Untuk Warga Emas Yang Layak

BACA: “Di sinilah tempat kita cari rezeki..”, Lelaki Kongsi Suasana Di TBS Buat Ramai Sebak

Nur Alissa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.