Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tempat Terakhir Beri CPR Arwah Anak, Zaquan Mahu Jual Meja Snuker

Iqbal Yasir
zaquan jual meja snuker
Gambar: Instagram Story Zaquan Adha

Tempat Terakhir Beri CPR Arwah Anak, Zaquan Mahu Jual Meja Snuker

“Saya nak jual table ini, sebab dekat atas table inilah saya dan Ayu letak baby Raees untuk buat CPR sementara tunggu ambulans sampai,” luah bekas pemain kebangsaan, Zaquan Adha, lapor Astro Gempak.

Luah Zaquan, dia berhasrat untuk menjual meja snuker itu yang menjadi lokasi terakhir dia dan isteri, Ayu Raudhah memberikan bantuan kecemasan CPR buat Allahyarham anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Raees.

Dia berkongsi kenangan pilu buatnya sekeluarga itu menerusi hantaran di Instagram Stories.

“Selagi ada meja ini, saya akan sentiasa teringat saat-saat getir ketika sedaya upaya cuba untuk selamatkan Raees.

“Jika ada yang betul-betul berminat boleh DM saya,” katanya.

Dalam masa yang sama, Zaquan turut memuat naik foto pakaian terakhir yang dipakai oleh arwah anaknya sebelum ‘pergi’ serta kenangan bercuti bersama keluarga besarnya.

Gambar: Instagram Story Zaquan Adha

“Bila fikir-fikir balik, Allah bagi kami peluang sekeluarga pergi bercuti sama-sama dengan Raees sebelum dia pergi selamanya meninggalkan keluarga besar kami.

“Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, Zaquan Adha mengesahkan anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Rees menghembuskan nafas terakhir menerusi kemas kini di laman sosial Instagram Story.

Pelakon, Rozita Che Wan yang juga kakak ipar kepada Zaquan turut memberitahu bahawa anak buahnya itu tidak sedarkan diri pada jam 1 petang.

Jenazah telah dibawa ke di Unit Jabatan Forensik, Hospital Rembau pada Selasa bagi proses bedah siasat sebelum dibawa ke kediaman Zaquan untuk pengurusan terakhir Allahyarham.

Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees telah selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan, pada pukul 9.22 pagi.

Untuk makluman, Zaquan dan Ayu Raudhah mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011.

Pasangan itu dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 12 Muhammad Aisy Aryann, 11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, anak keenam yang berusia dua tahun dan Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees (anak bongsu).

Sumber: Astro Gempak

BACA: Ini Sebab Kenapa Februari Lebih Singkat Bilangan Hari Berbanding Bulan Lain

BACA: Akhirnya, Ujian DNA Dedah Identiti Pembunuh Bersiri ‘Jack The Ripper’

BACA: “Gigi Tajam Sangat” Gadis Kongsi Detik Cemas Digigit Ular Sawa Ketika Buang Air