Siakap Keli
Pempengaruh Dibunuh Ketika 'Live' 
Sumber: Kyodo News

Sekurang-kurangnya 10 Maut, 3 Cedera Dalam Runtuhan Bangunan Di Mesir

Sekurang-kurangnya 10 Maut, 3 Cedera Dalam Runtuhan Bangunan Di Mesir

KAHERAH, 17 Feb (Bernama-Xinhua) — Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan tiga lagi cedera pada Isnin dalam runtuhan bangunan di Wilayah Giza, Mesir, lapor agensi berita Xinhua memetik media tempatan.

Menurut laporan, letupan berlaku di tingkat dua bangunan tiga tingkat di kawasan Kerdasa berhampiran Piramid Giza.

Mangsa yang cedera dihantar ke hospital berdekatan. Pasukan pertahanan awam memadamkan kebakaran yang disebabkan oleh letupan dan mengosongkan dua bangunan bersebelahan untuk membersihkan serpihan.

Siasatan awal mengaitkan kebocoran gas sebagai kemungkinan punca letupan.

BACA: Isu Lelaki Berpakaian Menyerupai Wanita Semasa Sebuah Acara Pertandingan Hiburan – JAKIM

BACA: JBPM Membentangkan Rang-Undang-Undang Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025

BACA: Berkuat Kuasa 31 Mac Ini, Aplikasi MAE Hanya Sokong iOS 14 Hingga Terkini

Sumber: BERNAMA

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: