Siakap Keli
Lelaki Berpakaian Wanita
Sumber: JAKIM

Isu Lelaki Berpakaian Menyerupai Wanita Semasa Sebuah Acara Pertandingan Hiburan – JAKIM

Isu Lelaki Berpakaian Menyerupai Wanita Semasa Sebuah Acara Pertandingan Hiburan – JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil perhatian serius terhadap isu yang tular mengenai lelaki Muslim berpakaian menyerupai wanita semasa sebuah acara program hiburan baru-baru ini sehingga menimbulkan keresahan dan menyentuh sensitiviti agama Islam serta budaya di Malaysia.

Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, JAKIM telah menghubungi dan memanjangkan perkara ini kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang bertanggungjawab mengawal selia industri komunikasi dan multimedia di negara ini berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

“Pihak JAKIM turut akan memanggil pihak berkaitan untuk mendapatkan penjelasan lanjut dan mengadakan sesi perbincangan secara tertutup bagi memberikan nasihat dan bimbingan,” kata beliau menerusi satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, JAKIM turut menyeru dan menasihati semua pihak agar sentiasa peka, menghormati nilai-nilai serta sensitiviti agama di Malaysia.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan berharap agar perlakuan seumpama ini tidak berulang lagi pada masa akan datang.

“Sesungguhnya, Islam adalah agama rahmah dan menyantuni fitrah manusia yang menginginkan hiburan. Malah hiburan juga sebagai salah satu elemen yang membawa kepada kegembiraan, kesejahteraan dan memupuk nilai-nilai murni.

“Namun, perlu dibatasi dengan adab dalam berhibur agar tidak bercanggah dengan akidah, syariah dan akhlak Islam,” tambah beliau.

Kredit: JAKIM

BACA: JBPM Membentangkan Rang-Undang-Undang Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025

BACA: Berkuat Kuasa 31 Mac Ini, Aplikasi MAE Hanya Sokong iOS 14 Hingga Terkini

BACA: Ketahui Syarat Kelayakan MySalam 2025

Sumber: JAKIM

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: