Siakap Keli
Aplikasi MAE IOS 14
Gambar: Bernama

Berkuat Kuasa 31 Mac Ini, Aplikasi MAE Hanya Sokong iOS 14 Hingga Terkini

Berkuat Kuasa 31 Mac Ini, Aplikasi MAE Hanya Sokong iOS 14 Hingga Terkini

Pengguna telefon pintar jenama Apple, iPhone yang menjalankan sistem operasi iOS 14 dan terkini sahaja dilaporkan akan dapat menyokong aplikasi MAE, berkuat kuasa 31 Mac 2025, lapor Astro AWANI.

Perkara itu dimaklumkan oleh syarikat perbankan MAYBANK dalam satu peringatan terbaharu.

Difahamkan, pengguna yang menggunakan sistem operasi iOS 14 ke bawah tidak dapat menggunakan aplikasi berkenaan atau tidak akan menerima kemas kini selepas tarikh berkenaan.

Pengguna yang menggunakan sistem operasi berkenaan berkemungkinan perlu mengakses perkhidmatan Maybank2U melalui web selepas tarikh berkenaan.

Walau bagaimanapun, proses transaksi mungkin tidak boleh dilakukan kerana perlu melalui pengesahan aplikasi MAE.

Maybank Lancar Ciri Keselamatan Baharu ‘Money Lock’

Sebelum ini, perkhidmatan perbankan Maybank hadir dengan ciri keselamatan baharu, Money Lock.

Menurut Maybank, ciri baharu itu menawarkan aspek keselamatan buat pelanggan, dengan lebih penekanan di mana pengguna dapat melindungi (kunci) wang melalui ciri Money Lock.

Secara tidak langsung, perkara ini akan membendung akses wang secara atas talian.

Menurut Maybank, lapisan keselamatan ini dapat mengurangkan kebimbangan pelanggan terhadap wang simpanan berhubung sebarang isu keselamatan kewangan.

Hanya serendah RM10 (duit simpanan), pengguna dapat menikmati ciri keselamatan terbaharu ini

Fungsi Money Lock

Setelah ciri diaktifkan, simpanan tersebut tidak boleh diakses melibatkan perkhidmatan seperti transaksi pemindahan dalam talian, pengeluaran ATM, penggunaan kad debit, pembayaran bil, penempatan deposit tetap dan banyak lagi.

Ciri keselamtan ini merupakan yang pertama diperkenalkan oleh Maybank, dalam usaha meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap perkhidmatan perbankan Maybank.

Cara Aktifkan Money Lock

Bagi menikmati ciri ini, pengguna perlu membuka aplikasi MAE. Kemudian, pilih Accounts dan tekan pada ikon “Money Lock” untuk pengaktifan.

Bagaimanapun, sekiranya pengguna berubah fikiran untuk membuka semula ciri Money Lock, pengguna perlu hadir ke mana-mana mesin ATM atau cawangan Maybank di seluruh negara.

Sumber: Astro AWANI

BACA: Ketahui Syarat Kelayakan MySalam 2025

BACA: Ini Sebab Kenapa Hanya Negeri Melaka Yang Cuti Pada 20 Februari

BACA: Rupanya Ini Maksud ‘Nombor’ Dalam Simbol Segi Tiga Pada Barangan Plastik

BACA: Spesies Katak Baharu Dinamakan Sempena Leonardo DiCaprio

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.