Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
mySalam
Gambar: Bernama
Tiada Kategori

Ketahui Syarat Kelayakan MySalam 2025

Nur Alissa

Ketahui Syarat Kelayakan MySalam 2025

MySalam 2025 adalah salah satu daripada inisiatif bantuan kerajaan kepada golongan rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan dengan konsep Skim Perlindungan Takaful khas buat golongan B40.

Program bantuan ini dikelolakan sendiri oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dengan gabungan Tabung Amanah mySalam, di bawah pengurusan Syarikat Great Eastern Takaful Berhad.

Tempoh perancangan asal program ini dijalankan hanyalah selama lima tahun, dari 2019 sehingga 2023, namun disebabkan sambutan baik oleh rakyat Malaysia, pihak kerajaan bersetuju melanjutkan program ini.

Program ini bertujuan untuk memberikan dua manfaat kepada penerima layak, iaitu manfaat hospitalisasi dan manfaat penyakit kritikal.

Seperti yang dinyatakan di atas, mySalam menumpukan kepada bantuan kewangan bagi masalah berbentuk kesihatan penerima yang menghidap salah satu daripada 45 penyakit kritikal tersenarai.

Jenis-jenis penyakit ini dibahagikan mengikut sembilan kategori berbeza iaitu, kanser, masalah jantung, otak (saraf dan otot), mata (telingan dan pertuturan), masalah hati, masalah buah pinggang, HIV, lain-lain jenis penyakit kritikal, dan penyakit terminal.

Bagi mereka yang tertanya-tanya syarat kelayakan untuk permohonan ini, SK kongsikan di bawah.

Syarat Kelayakan mySalam 2025

syarat kelayakan mySalam 2025
Sumber: mySalam

1. Individu mestilah penerima bantuan program lain yang disediakan oleh kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) serta Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

2. Semakan syarat kelayakan dan tuntutan mySalam telah dibuka bermula 8 Februari 2025. Semakan boleh dibuat melalui portal rasmi mySalam.

3. Penerima akan menerima notis pemberitahuan kelayakan secara berkala.

4. Penerima akan mendapat pengunguman keputusan kelayakan melalui SMS, berdasarkan nombor telefon yang didaftarkan seperti program inisiatif bantuan yang disenaraikan di atas.

Permohonan akan diproses oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setiap tahun.

Bagi penerima Bantuan Tunai Rakyat yang menepati kriteria umur yang ditetapkan, akan layak menjadi ahli mySalam secara automatik.

Berikut adalah kriteria umur mengikut kategori;

1. Kategori Berkahwin

  • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan.

2. Kategori Bujang

  • Individu bujang yang berumur 21 tahun hingga 65 tahun.

3. Kategori OKU

  • Individu yang berumur 18 hingga 65 tahun.

Sumber: mySalam

BACA: Ini Sebab Kenapa Hanya Negeri Melaka Yang Cuti Pada 20 Februari

BACA: Rupanya Ini Maksud ‘Nombor’ Dalam Simbol Segi Tiga Pada Barangan Plastik

BACA: Spesies Katak Baharu Dinamakan Sempena Leonardo DiCaprio