Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Cara Semak Kelayakan SARA "One-Off" 2026

Sofea
cara semak kelayakan sara
Kredit: Bernama

Cara Semak Kelayakan SARA "One-Off" 2026

Semua warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas akan menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara one-off mulai 9 Februari ini.

Susulan itu, orang ramai sudah boleh melakukan semakan kelayakan bermula hari ini di portal rasmi SARA.

Berikut cara untuk membuat semakan:

  1. Anda perlu buka laman web https://sara.gov.my/

  2. Tekan pada bahagian Semak Kelayakan

  1. Masukkan nombor kad pengenalan

  1. Status kelayakan anda akan terpapar

Bantuan RM100 itu akan dikreditkan melalui MyKad. 

Seramai 22 juta rakyat Malaysia akan mendapat manfaat daripada bantuan ini.

Langkah-langkah untuk beli barangan

  1. Pilih barangan keperluan - Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.

  2. Tunjuk MyKad untuk pengesahan - Juruwang menyemak statud MyKad penerima bantuan.

  3. Imbas kod barangan - Juruwang mengimbas setiap barang yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan

  4. Bayar menggunakan MyKad - Penerima bantuan membuat bayaran menggunakan MyKad untuk mengesahkan transaksi pembelian.

  5. Simpan resit untuk semakan - Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.