Siakap Keli
courts kempen raya

COURTS Malaysia Melancarkan Kempen Raya 2025: Tradisi Bertemu Inovasi 

COURTS Malaysia Melancarkan Kempen Raya 2025: Tradisi Bertemu Inovasi 

Kuala Lumpur, 14 Februari 2025 – COURTS (Malaysia) Sdn Bhd hari ini secara  rasminya melancarkan Kempen Raya 2025 bertemakan Tradisi Bertemu Inovasi di  COURTS Setapak, Kuala Lumpur. Kempen ini menzahirkan komitmen COURTS dalam menghubungkan tradisi dan kemodenan, mewujudkan gabungan warisan dan inovasi  yang lancar bagi memperkayakan lagi sambutan perayaan untuk semua rakyat Malaysia. 

Majlis pelancaran ini dihadiri oleh rakan strategik, wakil media serta pelanggan setia  COURTS. Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis, diikuti  dengan bacaan doa. Ketua Pegawai Eksekutif COURTS Malaysia, Harry Higashiura,  dan Ketua Pegawai Operasi, Sam Chee Foo, menyampaikan ucapan yang  menekankan visi syarikat dalam menyediakan penyelesaian kehidupan yang lebih baik  dengan menekankan aspek mampu milik, mudah diakses, serta inklusif. 

courts kempen raya

Ringkasan Kempen: 

Kempen Raya 2025 menawarkan pelbagai manfaat menarik kepada pelanggan,  termasuk: 

  • Pulangan Tunai berjumlah sehingga RM2.5 juta – bagi setiap pembelian  produk LG, pelanggan berpeluang untuk mendapatkan pulangan tunai sehingga  RM2,500. 
  • Diskaun Eksklusif – Potongan harga sehingga 30% untuk jenama terkenal  seperti Sharp, Sony, Silentnight, dan NeckPro. 
  • Pelan Pembayaran Mudah – Pilihan pembayaran fleksibel dan juga patuh  Syariah untuk memudahkan akses kepada produk berkualiti tinggi. 
  • Perkhidmatan Percuma – Penghantaran percuma, pemasangan percuma, serta  pemasangan penghawa dingin pada harga terendah di pasaran bermula dari  RM99. 
  • Penebusan Hadiah – Pelanggan berpeluang menebus hadiah bernilai sehingga  RM2,000 dengan pembelian melalui pelan pembayaran ansuran. 
  • Kempen ‘Beli & Menang’ – Peluang memenangi hadiah menarik seperti  Samsung Galaxy S24 Ultra, TV Pintar Hisense, dan baucar tunai bernilai  RM1,000 untuk 38 pelanggan yang berbelanja RM500 ke atas. Pembelian  daripada rakan strategik turut menerima tiga kali ganda penyertaan.

Majlis pelancaran kempen ini disempurnakan melalui upacara simbolik ad ball, yang  menggambarkan semangat kemeriahan perayaan serta dedikasi COURTS dalam  menyediakan solusi yang inovatif. Sesi bergambar turut diadakan bersama barisan  kepimpinan COURTS Malaysia dan rakan strategik terkemuka, termasuk: 

  • En. Douglas Chung, Pengurus Besar LG Electronics Malaysia 
  • En. Ting Yang Chung, Pengarah Urusan SHARP Electronics Malaysia
  • En. Chiw Yew Meng, Pengurus Besar SONY Malaysia 
  • En. Koo Yee Fei, Ketua Pegawai Operasi NeckPro oleh Carest Bedding Sdn Bhd
  • En. Alec Liong, Pengurus Korporat Silentnight Malaysia 

Kehadiran rakan strategik ini mengukuhkan jalinan kerjasama antara COURTS dan  jenama-jenama utama dalam memastikan pelanggan menerima produk, perkhidmatan,  serta nilai terbaik. 

Sebagai sebahagian daripada acara ini, COURTS turut mempersembahkan  pertunjukan fesyen eksklusif yang menampilkan Beg Christy Ng, yang akan tersedia  untuk pelanggan pada akhir Februari. Kerjasama ini mencerminkan usaha COURTS  dalam menggabungkan seni tempatan dengan inovasi global, meraikan kreativiti  Malaysia. 

courts kempen raya

Para hadirin turut disajikan dengan persembahan tarian budaya bertajuk When  Tradition Meets Innovation, yang secara artistik menggambarkan visi COURTS dalam  mengharmoniskan warisan dengan kemajuan untuk mendekati pengguna moden tanpa  melupakan akar budaya mereka. 

Majlis diakhiri dengan sesi temu bual media, di mana Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua  Pegawai Operasi, serta Ketua Pegawai Kewangan COURTS Malaysia, Lim Wai Fern,  berkongsi pandangan mengenai hala tuju strategik syarikat dan inovasi kewangan  dalam industri runcit. 

Kempen Raya 2025 COURTS Malaysia mencerminkan komitmen teguh syarikat dalam  memperkayakan kehidupan pelanggan dengan menawarkan penyelesaian inovatif yang  berpusat kepada pelanggan, sambil mengekalkan keunikan tradisi perayaan dan  mengadaptasi kemajuan kehidupan moden.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.