Siakap Keli
Durioo+ Lancarkan Geran RM500,000 Untuk Memperkasakan Pembuat Kandungan Melalui 'Durioo Creator'
Gambar Hiasan

Durioo+ Lancarkan Geran RM500,000 Untuk Memperkasakan Pembuat Kandungan Melalui ‘Durioo Creator’

Durioo+ Lancarkan Geran RM500,000 Untuk Memperkasakan Pembuat Kandungan Melalui ‘Durioo Creator’

KUALA LUMPUR, 18 Januari 2025 – Durioo+, aplikasi video selamat untuk kanak-kanak, dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran geran berjumlah RM500,000 bagi tahun 2025 sebagai inisiatif khas untuk menyokong pembuat kandungan tempatan yang mahu menghasilkan konten yang bermanfaat, menarik, dan selamat di platform tersebut.

Majlis pelancaran yang diadakan di Pusat Sains Negara tersebut, juga bertujuan untuk menyatukan komuniti pembuat kandungan dari seluruh Malaysia dan memperkasa pencipta kandungan untuk menghasilkan kandungan menarik, selamat dan bermanfaat.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, Durioo+ memperkenalkan beberapa program utama untuk menggalakkan lebih ramai individu menyumbang kandungan yang berkualiti:

  • Durioo Creator – Program terbuka untuk semua pencipta kandungan yang ing menghasilkan video menarik, mendidik, dan sesuai untuk tontonan kanak-kanak.
  • Durioo EduCreator – Projek khas untuk guru dan pendidik yang ingin menghasilk kandungan berlandaskan silibus sekolah dalam subjek seperti Pendidikan Islam, KAFA, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains & Matematik.
  • Durioo Creator Plus – projek video istimewa kolaborasi bersama pembuat kandung terpilih untuk menghasilkan video yang sesuai dengan niche dan kepakaran masing-masing dan juga bermanfaat untuk kanak-kanak.

Pengasas Durioo+, Sinan Ismail, berkata:

“Durioo+ sentiasa percaya bahawa pencipta kandungan adalah nadi kepada industri hiburan kanak-kanak. Dengan pelancaran geran ini, kami ingin menyokong lebih ramai pembuat kandungan tempatan untuk mencipta konten berkualiti yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga membimbing kanak-kanak kepada iman, akhlak, dan ilmu.”

Dengan program-program ini, Durioo+ komited untuk membentuk komuniti pencipta kandungan menarik dan bermanfaat yang kukuh, dengan lebih banyak pertandingan, siri eksklusif, dan bengkel berkala bagi membantu mereka mengasah bakat dan meningkatkan kualiti konten.

Maklumat lanjut berkaitan Durioo+ boleh didapati melalui laman sosial rasmi Durioo+ di Instagram, Facebook dan TikTok.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.