Siakap Keli
marrybrown anugerah putra aria brand awards

Marrybrown Luaskan Pasaran Ke Seluruh Negara Susulan Kemenangan Perak Di Anugerah Putra Aria Brand Awards 2024

Marrybrown Luaskan Pasaran Ke Seluruh Negara Susulan Kemenangan Perak Di Anugerah Putra Aria Brand Awards 2024

KUALA LUMPUR, 13 FEBRUARI 2025 – Marrybrown, Rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas Halal (QSR) terbesar di Malaysia, baru-baru ini mengumumkan rancangan untuk memperluaskan cawangan di seluruh negara dengan membuka 40 cawangan baharu pada 2025. Peluasan besar ini dilakukan selepas kejayaan Marrybrown meraih Perak di Anugerah Putra Aria Brand Awards 2024 dalam kategori Restaurant & Fast Food Outlets. 

Peluasan ini akan memberi tumpuan kepada kawasan utama seperti Lembah Klang, Malaysia Utara, Pantai Timur, dan Malaysia Timur. Kejayaan Marrybrown meraih anugerah berprestij ini mengiktiraf pencapaian jenama dalam penglibatan pengguna, pertumbuhan pasaran, dan prestasi perniagaan yang luar biasa. 

marrybrown anugerah putra aria brand awards
Marrybrown® bersedia untuk memperluaskan kehadirannya di Malaysia dengan membuka 40 cawangan baharu sepanjang tahun 2025, dengan tumpuan strategik di kawasan utama seperti Lembah Klang, Malaysia Utara, Pantai Timur, dan Malaysia Timur.

“Kami amat teruja untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam perjalanan kami,” kata Daniel Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown. “Peluasan ini bukan sekadar membuka restoran baharu – ia adalah mengenai berkongsi cita rasa asli Malaysia dan menawarkan sesuatu yang berbeza kepada komuniti di seluruh negara. Kemenangan Anugerah Perak ini mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai jenama tempatan terkemuka yang mampu bersaing dengan rangkaian QSR global.”

marrybrown anugerah putra aria brand awards
Dato Joshua Liew (kedua dari kanan), Pengarah Urusan Marrybrown®, bersama Encik Daniel Chan (kiri) dan Lynn Low (kanan), Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Pemasaran masing-masing, menerima Anugerah Perak dalam kategori Restoran & Outlet Makanan Segera di Putra Aria Brand Awards 2024.

Cawangan-cawangan baharu ini akan menawarkan hidangan istimewa Marrybrown yang diinspirasikan oleh masakan Malaysia yang kaya dengan cita rasa, serta memperkenalkan hidangan inovatif yang meraikan kekayaan rasa tempatan. Strategi peluasan ini akan memberi tumpuan untuk membawa pengalaman Marrybrown ke hab komuniti dan destinasi pelancongan popular, memudahkan akses kepada penduduk tempatan dan pengunjung untuk menikmati cita rasa asli Malaysia.

“Kejayaan kami berakar umbi dalam warisan Malaysia,” tambah Chan. “Seiring dengan perkembangan ini, kami tetap komited untuk menunaikan motto ‘Memang Best’ kami, dengan terus menyajikan makanan berkualiti dan pengalaman makan yang tidak dapat dilupakan kepada lebih ramai rakyat Malaysia di seluruh negara.”

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Marrybrown, Apl MB, promosi, dan perkhidmatan penghantaran, sila layari:

Laman Web: https://marrybrown.com/ 

Apl MB: https://mbapp.marrybrown.com/ 

Facebook: Marrybrown Malaysia

Instagram: Marrybrownmy

TikTok: Marrybrownmy

Threads: Marrybrownmy

YouTube: Marrybrown TV

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.