Menarik, Ini Cara Tukar Voice Message Dekat WhatsApp Jadi Teks
Ramai yang mungkin belum tahu, WhatsApp kini ada satu feature baru yang sangat memudahkan pengguna.
Feature ini membolehkan voice message ditukar terus kepada teks.
Dah tak perlu lagi susah payah dengar satu per satu, terutama bila berada di tempat bising atau inginkan privasi.
Macam mana nak aktifkan? Pengguna TikTok, @sarahcybersec, dah ajar siap-siap caranya. Rupanya senang je.
1. Buka Settings dalam WhatsApp dan pergi ke Chats.
2. Hidupkan Voice Message Transcripts.
3. Pilih bahasa yang paling kerap digunakan dalam voice message anda.
@sarahcybersec lepasni senang sikit nak dengar voice luahan member yang dah serupa podcast sampai 17 minit, transcript je then tinggal baca #cybersecurity #information #update
Tapi, difahamkan untuk pengguna Android, pilihan bahasa buat masa ini adalah bahasa Inggeris, Sepanyol, Portugis dan Rusia.
Moga feature terbaru WhatsApp ini bermanfaat untuk semua.
BACA: Wanita Kongsi Versi “Bekal Suami VS Bekal Isteri” Buat Ramai Terhibur
BACA: Jepun Benarkan Saintis Lakukan Kajian Kacukan Manusia-Haiwan
BACA: ‘Unik’, Beauty Standard Wanita Mauritania Curi Tumpuan
Sumber: Maisarah via TikTok