Pernah Tular Dipukul, Pakcik OKU Tunai Umrah Bersama Keluarga
Setiap peristiwa yang berlaku dalam kehidupan tentunya terselit hikmah. Begitunya kisah salah seorang insan Orang Kurang Upaya (OKU) dikenali Faizan ini yang pernah tular dipukul di sebuah pasar baru-baru ini .
Siapa sangka, di sebalik ujian yang menyayat hati, Allah telah mengangkat darjatnya untuk menjadi tetamu Allah untuk menunaikan umrah.
Momen manis itu dikongsikan akaun TikTok agensi pelancongan, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd.
Dalam klip berkenaan, dia yang lengkap memakai pakaian ihram berjalan bersama ahli keluarga tercinta mengelilingi Kaabah.
“Alhamdulillah, keluarga tetamu istimewa, Pakcik Faizan, telah selamat tiba di bumi suci Makkah Al-Mukarramah dan berjaya menyempurnakan ibadah umrah yang wajib bagi mereka sekeluarga,” tulis kapsyen pada klip itu.
Momen ini menjadi bukti takdir-Nya penuh dengan hikmah dan menjadi bukti kasih sayang Allah kepada hamba-Nya yang terpilih.
“Terima kasih kepada semua yang telah menitipkan doa buat Pakcik Faizan dan keluarganya,” kongsi agensi pelancongan itu.
Perkongsian klip itu nyata menyentuh hati ramai warganet yang menonton di platfom media sosial berkenaan.
Sebahagian mereka tidak turut sama bersyukur rezeki yang diberikan lelaki itu sekeluarga untuk menjadi tetamu Allah dan menitipkan doa untuk mereka.
Berikut antara komen pengguna;
“Syukur Alhamdulillah,” komen seorang pengguna.
“Jangan khuatiri gelap langit dengan sahutan guruh dan petir kerana akhirnya dituruni hujan yang jernih,” titip nasihat daripada seorang warganet.
“Pasti airmata mengalir nampak rumah Allah,” komen seorang pengguna.
“Allah. Terasa seperti saya sendiri yang berada di sana. Doakan saya dan keluarga berangkat mengerjakan umrah bersama Andalusia (Miri). Terima kasih cameraman atas moment ini. Allahu akhbar,” luah seorang lagi.
@umrahandalusia.hq ✨ PERJALANAN UMRAH KELUARGA PAKCIK FAIZAN – TAKDIR ALLAH YANG PENUH HIKMAH ✨ Alhamdulillah, keluarga tetamu istimewa, Pakcik Faizan, telah selamat tiba di bumi suci Makkah Al-Mukarramah dan berjaya menyempurnakan ibadah umrah yang wajib bagi mereka sekeluarga. Siapa sangka, di sebalik ujian yang menyayat hati, Allah telah mengangkat darjat Pakcik Faizan dengan menjemputnya ke Baitullah untuk menunaikan umrah. Takdir-Nya penuh hikmah, dan perjalanan ini menjadi bukti kasih sayang Allah kepada hamba-Nya yang terpilih. Terima kasih kepada semua yang telah menitipkan doa buat Pakcik Faizan dan keluarganya. Teruskan mengikuti perkongsian kami untuk melihat lebih banyak kenangan perjalanan mereka sepanjang berada di Tanah Suci Makkah dan Madinah. Semoga kisah ini memberi inspirasi dan manfaat buat semua. Jangan lupa like, share & follow untuk lebih banyak info serta tips berkaitan haji dan umrah! #UmrahAndalusia #Umrah2025 #HajiAndalusia2025 #Haji2025 #AndalusiaTravel #ElakkanScamUmrahHaji #Musim1446H #UmrahZiarah #KursusUmrahPercuma #VisitSaudi #UmrahZiarahMorocco
Sumber: TikTok @umrahandalusiahq