Siakap Keli
acwal 2025

Asean Conference On Women Academic Leadership (ACWAL) 2025 Perkukuh Kepimpinan Wanita Dalam Sektor Pendidikan Tinggi 

Asean Conference On Women Academic Leadership (ACWAL) 2025 Perkukuh Kepimpinan Wanita Dalam Sektor Pendidikan Tinggi 

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi  (AKEPT), dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM), UTM Holdings, dan  CITY University Malaysia, telah menganjurkan Persidangan Kepimpinan Akademik  Wanita ASEAN (ACWAL) 2025 di Royale Chulan, Kuala Lumpur. 

Persidangan yang dihadiri oleh YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri  Pendidikan dan turut dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan  Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini telah menghimpunkan  lebih 300 peserta dari negara ASEAN dan antarabangsa, sekali gus mencerminkan  komitmen bersama dalam memperkukuh peranan wanita dalam kepimpinan  pendidikan tinggi. 

Persidangan ini berfungsi sebagai wadah strategik untuk membentuk persekitaran  kepimpinan akademik yang lebih dinamik dan inklusif melalui sesi dialog, perkongsian ilmu serta tindakan kolektif. ASEAN, sebagai sebuah rantau yang pesat membangun,  menuntut kepimpinan yang mencerminkan kepelbagaian, keterangkuman dan daya  tahan. Dalam konteks ini, pemimpin wanita dalam bidang akademik memainkan  peranan penting dalam memacu inovasi dan kelestarian institusi pendidikan tinggi  melalui perspektif serta kepakaran unik mereka. 

acwal 2025

ACWAL 2025 menampilkan barisan panel terkemuka dari Malaysia, Thailand,  Indonesia, Timor-Leste, Kemboja, dan Qatar bagi membincangkan pelbagai isu  berkaitan kepimpinan wanita dalam pendidikan tinggi. Antara topik utama yang  diketengahkan termasuklah Pemerkasaan Pendidikan Tinggi ASEAN secara Inklusif,  Kepimpinan ASEAN: Wanita sebagai Pemacu Transformasi Pendidikan Tinggi ke Arah  Kelestarian dan Keterangkuman Serantau, serta Memanfaatkan Kepimpinan Wanita  dalam Memacu Inovasi ke Arah Pembangunan Mampan. 

acwal 2025

Persidangan ini juga bertujuan untuk meningkatkan pemahaman tentang kepentingan  kepelbagaian dan keterangkuman dalam transformasi institusi pendidikan tinggi, di  samping mencadangkan dasar yang mengintegrasikan perspektif gender di semua  peringkat kepimpinan. Selain itu, ACWAL 2025 turut menyediakan platform kepada  pemimpin wanita untuk berkongsi pengalaman serta amalan terbaik dalam 

kepimpinan akademik. Tidak ketinggalan, persidangan ini juga meneroka strategi  kepimpinan berasaskan nilai ASEAN dan konsep Malaysia MADANI dalam usaha  membina daya tahan institusi pendidikan tinggi di rantau ini. 

Sebagai inisiatif berimpak tinggi, ACWAL 2025 bukan sahaja memperkasakan wanita dalam sektor akademik, malah berperanan sebagai pemangkin utama dalam  mengukuhkan jaringan kepimpinan serantau. Dengan menekankan kepelbagaian,  kelestarian dan ketahanan, persidangan ini membuka ruang untuk merealisasikan  transformasi bermakna dalam landskap pendidikan tinggi ASEAN. 

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.