Terkini

AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Juara Wilayah Pahlawan 2025

RM10,000 & Tali Pinggang Bersalut Emas Menanti Juara Wilayah Pahlawan 2025

Athirah

RM10,000 & Tali Pinggang Bersalut Emas Menanti Juara Wilayah Pahlawan 2025

Pahlawan Muay Thai bakal menganjurkan pertandingan Wilayah Pahlawan International Muay Thai 2025 di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataan yang diterbitkan, pertandingan ini diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Wilayah yang berlangsung pada 22 Februari 2025 ini, bermula dari jam 5 petang hingga 12 tengah malam.

Pengarah Projek Wilayah Pahlawan International Muay Thai Championship 2025, Muhammad Faizol Mohd Mokthar berkata tujuan utama acara ini diadakan adalah untuk menjadi platform untuk menaikkan sukan Muay Thai dan pelancongan di Malaysia.

Pada masa yang sama, ia sekaligus turut memberi peluang kepada bakat-bakat tempatan untuk bersaing di peringkat lebih tinggi dalam sukan berkenaan.

Dalam pada itu, Wilayah Pahlawan International Muay Thai 2025 turut menerima sokongan TOURISM MALAYSIA dan menjadi sebahagian daripada Kempen Melawat Malaysia 2026.

Jojo dan Superlek Kiatmoo9 hadir sebagai tanda sokongan

“Dalam acara ini, ia juga terbuka kepada peserta amatur iaitu lelaki ataupun wanita berusia 12 tahun ke atas. Setakat ini penyertaan daripada peserta amatur sekitar 120 orang dan ia satu angka yang amat memberangsangkan.

“Selain itu, bagi regu professional pula kira-kira 12 peserta akan turut serta dalam acara ini.

“Antara nama-nama mereka seperti Kabilan Jelevan juara dari utara, Aiman Rodzi, juara dari pantai timur Fadil Ikwan manakala juara dari Selatan pula Hasril Nazmi

“Peserta dari negara Asean juga dijangka akan turut serta dalam acara ini,” kata beliau.

Tambah Muhammad Faizol, dua bintang besar dunia Muay Thai iaitu Johan Ghazali atau Jojo dan Superlek Kiatmoo9 akan hadir untuk memberi tanda sokongan serta semangat kepada peserta yang bertanding.

Juara bakal membawa ganjaran lumayan

Apa yang lebih mengujakan, juara bagi acara Wilayah Pahlawan International Muay Thai bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.

Selain itu, juara turut berpeluang untuk menjulang tali pinggang disalut emas yang pertama di Malaysia.

“Apa yang saya harapkan sukan Muay Thai ini terus berkembang di Malaysia dan terus menjadi pilihan utama masyarakat untuk menontonnya atau mengembangkan bakat mereka dalam sukan ini.

“Sokongan ke semua pihak terutama daripada badan kerajaan dan swasta juga amat saya hargai,” ujar kenyataan itu lagi.

BACA: Remaja Lelaki Ditahan, Disyaki Cabul Kanak-kanak Perempuan Di Masjid