Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Pempengaruh Dibunuh Ketika 'Live' 
Sumber: Kyodo News

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Dengan Kesan Kelar Di Leher, Lengan 

Hannah

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Dengan Kesan Kelar Di Leher, Lengan

IPOH, 23 Feb (Bernama) — Seorang guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher serta lengan di sebuah rumah kedai di Jalan Chung Ah Ming, Taman Hoover di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati mangsa ada meninggalkan pesanan kepada suaminya berkaitan tekanan hidup dan tidak dapat menahan sakit selepas menjalani pembedahan mata pada 19 Feb lepas.

“Dia ada buat pembedahan mata, jadi dia tertekan dan maklumkan kepada suaminya yang dia tidak boleh nak hidup. Kita percaya kematian itu lebih daripada enam jam, kita punya forensik dan patologi hadir buat pemeriksaan di tempat kejadian.

“Memang tidak ada foul play, tiada kesan-kesan lain yang mencurigakan (dan menjurus) kepada pembunuhan, dan kita tengok kecederaan itu pun, pisau ada sebelah dia (mangsa) pisau lipat itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohamad Sajidan berkata setakat ini siasatan tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau berkata siasatan awal juga mendapati mangsa sebelum ini membuat pembedahan mata dan akibatnya terdapat nanah dalam matanya, membuatkan mangsa tertekan.

BACA: 12 Individu Terperangkap Dalam Lif Di Sebuah Hotel

BACA: Pemandu Maut, Penumpang Cedera Lori Jatuh Gaung Di Kuala Krai

BACA: ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin Meninggal Dunia Selepas Main Bola Sepak

Sumber: BERNAMA