Siakap Keli
Ibu Neelofa kanser
Kredit: Instagram @noorkartini

Ibu Neelofa Didiagnos Kanser Payudara

Ibu Neelofa Didiagnos Kanser Payudara

Ibu kepada selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa, iaitu Datin Noor Kartini, mendedahkan bahawa dirinya disahkan menghidap kanser payudara tahap satu selepas menjalani pemeriksaan kesihatan baru-baru ini.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Datin Kartini menerusi satu video di TikTok, di mana beliau meluahkan rasa syukur kerana penyakit tersebut dapat dikesan pada peringkat awal.

Menurut Datin Kartini, beliau sama sekali tidak menyangka menghidap kanser payudara memandangkan tiada ahli keluarganya yang pernah mengalami penyakit tersebut sebelum ini.

“Setiap kali saya menjalani pemeriksaan kesihatan, dan baru-baru ini, saya telah didiagnosis menghidap kanser payudara tahap satu.

“Alhamdulillah, saya didiagnosis pada peringkat yang sangat awal. Alhamdulillah, syukur pada Allah.

“Sekarang adalah tempoh untuk saya sembuh, dan atas permintaan anak-anak, mereka meminta saya memperlahankan urusan perniagaan,” kongsinya.

Datin Kartini juga sama sekali tidak menyangka menghidap kanser payudara memandangkan tiada ahli keluarganya yang pernah mengalami penyakit tersebut sebelum ini.

“Mula-mula kita tak tahu keputusan penuh macam mana. Selepas buat pemeriksaan kesihatan, doktor minta saya buat biopsi, waktu itu dalam fikiran saya tak terlintas pasal kanser.

“Saya pun tak pernah ambil tahu pasal penyakit kanser ini. Selepas tiga hari keputusan keluar mengatakan saya kanser tahap satu. Saya pun jadi keliru apa itu kanser. Otak tak boleh nak terima,” ujarnya.

Berehat dari dunia perniagaan

Berikutan keadaan kesihatannya, Datin Kartini mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada dunia perniagaan bagi memberi tumpuan kepada proses pemulihan.

Dalam pada itu, Datin Kartini turut berkongsi berita tersebut turut mengejutkan keluarganya.

“Anak-anak dan suami menangis… yang duduk England balik, duduk Sabah pun balik. Jadi, kita pun jadi orang ‘bengong’ macam tak boleh nak terima.

“Kita takkan sangka jika sesuatu perkara itu terjadi atas diri kita sendiri. Barulah kita rasa ‘ouh betullah ini realiti kehidupan, benda yang tak sangka itu terjadi’.

“Alhamdulillah dengan diagnos peringkat awal ini kita boleh buat banyak benda dengan cepat dan mudah. Insya-Allah sekarang saya dalam proses penyembuhan dan nak rehat dari dunia perniagaan,” katanya.

BACA: “Syafiq Kyle saya punya dah,” – Mimi Lana Minta Netizen Kenal Syazwan Razak Pula

BACA: Istimewa, M.Nasir Dendangkan Lagu Nur Nilam Sari Di Hari Perkahwinan Anak

BACA: Zulkifli Ismail Luang Masa Singgah Kedai Amir Raja Lawak

Sumber: Astro Gempak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.