Starbucks Malaysia menutup tirai kempen ‘Starbucks Art For Good: The Bearista Art Project’ dengan penuh warna-warni, meraikan kreativiti, keterangkuman dan impak sosial yang luar biasa. Dilancarkan pada Disember 2023bersempena ulang tahun Starbucks Malaysia ke-25, projek ini menjadi platform bagi seniman tempatan untuk berkarya sambil memberikan manfaat kepada masyarakat.
Acara kemuncak yang berlangsung di Pavilion Bukit Jalil dari 22 hingga 24 Februari 2025 ini memberi penghormatan kepada lebih 60 artis Malaysia, termasuk komuniti Pekak, autistik, serta pelajar seni berbakat yang mereka 25 figura ‘Life-Sized Bearista’ unik, menampilkan ikonik beruang Starbucks dalam bentuk karya seni luar biasa.
Seiring dengan sambutan hebat terhadap projek ini, Starbucks Malaysia memperluaskan kempen ke peringkat seterusnya dengan memperkenalkan koleksi ‘Mini-Bearista’, diilhamkan daripada versi bersaiz sebenar. Koleksi ini dijual di semua cawangan Starbucks seluruh negara, membolehkan lebih ramai peminat seni menyertai kempen ini sambil menyokong bakat tempatan. Starbucks juga bekerjasama dengan NGO antarabangsa MERCY Malaysia, memberi peluang kepada pelanggan untuk menyumbang kepada misi kebajikan melalui pembelian mereka.
Pada acara finale itu, Starbucks Malaysia mengumumkan; sebanyak RM500,000 disalurkan untuk memperluaskan impak projek tersebut.
- RM250,000 diberikan kepada artis-artis yang terlibat sebagai penghargaan atas bakat dan sumbangan mereka.
- RM250,000 lagi didermakan kepada Tabung Bantuan Palestin MERCY Malaysia, bagi menyokong projek pembangunan mampan seperti kesihatan, sanitasi air (WASH), dan program kehidupan untuk komuniti Palestin yang memerlukan.
“Kami benar-benar terinspirasi dengan kehebatan para artis yang menjayakan projek ini. Starbucks berbesar hati menyokong perjalanan kreatif mereka sambil memastikan inisiatif ini membawa kesan positif, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Palestin,” kata Dato’ Sydney Quays, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya Food Berhad & Pengarah Urusan Starbucks Malaysia.
Rekod Malaysia: Bearista Paling Banyak dalam Projek Komuniti
Bukan itu sahaja, Starbucks Malaysia turut mengumumkan bahawa projek ini telah mendapat pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records.
- Kategori: “Most ‘Bearista’ Art in a Community Project”
- Rekod pertama seumpamanya di Malaysia
Mengakhiri majlis dengan lebih bermakna, Starbucks turut melancarkan kempen ‘Get Together’ yang akan dijalankan di seluruh Asia Pasifik.
- Misi utama: Menggalakkan perbualan bermakna yang membawa perubahan positif, satu perbualan pada satu masa, dua cawan kopi pada satu masa.
- Tiga teras utama: Masyarakat, Komuniti & Alam Sekitar.
Dengan pelbagai aktiviti dan inisiatif, kempen ini berusaha mencipta impak positif dalam cara yang besar mahupun kecil.