Siakap Keli
pubg mobile super league sea

PUBG MOBILE Super League SEA Spring 2025: Pertarungan Epik Di Kuala Lumpur

PUBG MOBILE Super League SEA Spring 2025: Pertarungan Epik Di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 25 February 2025 – PUBG MOBILE Super League SEA kembali untuk musim Bunga dari 26 Februari hingga 9 Mac 2025! Dengan hadiah bernilai USD 200,000, ini adalah pemandangan yang anda tidak boleh terlepas. Menghimpunkan 24 pasukan di seluruh rantau Asia Tenggara, format liga dua minggu ini akan berlangsung lagi sekali  di Kuala Lumpur, Malaysia pada setiap hari Rabu hingga Ahad. 16 pasukan teratas akan mara ke Grand Final yang diadakan di luar talian bersama penonton di Malaysia dari 14-16 Mac 2025. Nantikan pengumuman lokasi tidak lama lagi!

pubg mobile super league sea

PMSL SEA Spring 2025 akan mempunyai TECNO sebagai Rakan Kongsi Telefon Pintar Rasmi. Musim ini membawakan format perlawanan baharu daripada kejohanan sebelumnya, bersama Super Weekend. 24 pasukan berkenaan dibahagikan kepada tiga kumpulan, di mana setiap pasukan daripada kumpulan akan bertarung dengan kumpulan lain. Hanya 16 pasukan setiap minggu akan meneruskan ke Super Weekend.

Semasa Super Weekend, 16 pasukan akan bertarung untuk League Points, yang diberikan berdasarkan kedudukan mereka. Selepas dua Super Weekends, 16 pasukan teratas dengan League Points tertinggi akan menuju ke peringkat akhir dan menyasarkan juara.

Tetapi inilah kelainannya, pada minggu kedua Super Weekend, format SMASH RULE akan dilaksanakan. Pada penghujung perlawanan Sabtu minggu kedua,  Match Point akan diputuskan (iaitu +10 mata berdasarkan jumlah mata pasukan #1 semasa). Pasukan pertama yang mencapai Match Point dan mencapai WWCD selepas hari Ahad, akan menamatkan pertandingan dengan meraih  League Points maksimum untuk minggu berkenaan. 

Kemaskini ini membawa perubahan baru pada peta perjalanan, di mana semasa kejohanan PMNC tempatan menyediakan lebih banyak slot dan peluang untuk akar umbi tempatan (pasukan amatur) untuk layak ke PMSL SEA.  Selain itu, PMNC kini akan diadakan di hadapan setiap PMSL bertindak sebagai kelayakan dalam  menentukan pasukan PMSL SEA.

Kali ini, merangkul gelaran juara untuk PMSL SEA bermakna meraih slot tambahan untuk pasukan PMNC tempatan untuk mereka supaya layak ke kejohanan musim depan. Ini telah dianugerahkan kepada VPE daripada Thailand, Juara PMSL SEA Fall 2024, dengan slot tambahan mereka dalam melayakkan TEM Entertainment untuk PMSL SEA musim ini. Namun, sekiranya pasukan baru dari PMNC ialah juara PMSL SEA, mereka secara automatik  akan layak  ke musim PMSL SEA yang seterusnya. 

Barisan pasukan rakan kongsi membawa muka baharu ke dalam pertempuran antaranya ialah, HOMEBOIS (HB), Team Secret (TS), eARENA (EA) dan MGN VIKINGS ESPORTS (MVKE). BOOM eSports kembali untuk mendapatkan semula kegemilangan mereka selepas VPE maragut mahkota semasa Fall season. Persaingan sengit antara juara PMSL pastinya akan mengegarkan pentas.

Pasukan PMNC yang layak untuk musim ini ialah KAGENDRA (KGD), ENAM SEMBILAN Esports (69), MAQNA ESPORTS CLUB (MEC), NEW ERA (NWE), TEAM FLASH (FL), STRANGERS Esports (STES), dan OsjaTH (OJTH).

PUBG MOBILE Liga Super Asia Tenggara (PMSL) dihoskan oleh PUBG MOBILE dan dianjurkan oleh VSPO. Untuk kemas kini langsung tentang PUBG MOBILE, lawati dan ikuti platform rasmi PUBG MOBILE di:

Laman PUBG MOBILE Malaysia

Laman PUBG MOBILE ESPORTS Malaysia

 

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.