Siakap Keli
botol air kebakaran kereta
Gambar: Idaho Power

Cuaca Panas, Tinggal Botol Air Dalam Kereta Berisiko Jadi Punca Kebakaran

Cuaca Panas, Tinggal Botol Air Dalam Kereta Berisiko Jadi Punca Kebakaran

Memandu dalam keadaan cuaca panas terik bukanlah satu pengalaman yang menyelesakan, terutamanya apabila melibatkan jarak perjalanan yang jauh.

Apabila perlu memandu dalam situasi tersebut, antara bekalan yang perlu ada dalam kereta tentunya air minuman seperti air mineral dan sebagainya.

Rasa dahaga yang tiba-tiba datang dan perit pada tekak dapat dilayani seadanya tanpa perlu berhenti sehingga mengganggu perjalanan.

Namun siapa sangka, botol plastik berisi air minuman yang ditinggalkan dalam kereta ketika cuaca panas terik selepas itu sebenarnya boleh mengundang risiko yang tidak dijangkakan.

Macam kanta pembesar, botol plastik berisi air ditinggal dalam kereta dalam cuaca panas berisiko cetus kebakaran

Inilah yang cuba dibuktikan oleh beberapa eksperimen yang pernah menjadi tular di media sosial sebelum ini.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Idaho Power pada 2017, botol plastik berisi air yang ditinggalkan dalam kenderaan untuk satu jangka waktu berpotensi menyebabkan kebakaran.

Situasinya sama seperti anda menggunakan kanta pembesar dengan menghalakan cahaya matahari pada kertas.

Cahaya yang menembusi botol plastik berisi air itu menyebabkan kerusi kereta terbakar dan berlubang.

Eksperimen yang sama kemudian cuba diulang oleh Jabatan Bomba Bandar Midwest, Amerika Syarikat dan menyimpulkan situasi tersebut memang boleh berlaku.

https://www.facebook.com/watch/?v=422557120828015

Bagaimanapun, orang ramai tidak perlu panik kerana beberapa faktor perlu ‘dipenuhi’ terlebih dahulu sebelum botol plastik berisi air berisiko menyebabkan kebakaran dalam kenderaan.

Beberapa faktor perlu dipenuhi terlebih dahulu

Menurut Live Science, botol plastik yang jernih, licin, berisi air dan berada pada sudut yang tepat antara sumber cahaya dengan titik mudah terbakar adalah faktor penentu kepada insiden ini.

Perkara yang sama turut disahkan menerusi eksperimen oleh Jabatan Bomba Bandar Midwest. Kajian yang dibuat mendapati situasi tersebut hanya boleh berlaku sekiranya faktor-faktor yang dinyatakan dipenuhi.

Walaupun peluang untuk kenderaan terbakar disebabkan botol air plastik ditinggalkan dalam kereta adalah sangat rendah, namun risiko untuk berlaku tetap ada.

Jadi, tiada salahnya untuk kita semua lebih berhati-hati dan mengambil langkah pencegahan tambahan supaya tiada penyesalan di kemudian hari.

BACA: Pelakon Popular, Michelle Trachtenberg Meninggal Dunia

Sumber: Fox News, Idaho Power, ABC News

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: