Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Gambar: IG Michelle Trachtenberg

Pelakon Popular, Michelle Trachtenberg Meninggal Dunia

Fazidi

Pelakon Popular, Michelle Trachtenberg Meninggal Dunia

Pelakon popular, Michelle Trachtenberg yang mencipta nama sebagai bintang kanak-kanak pada era 90-an dan sekitar 2000 meninggal dunia pada usia 39 tahun.

Menurut BBC, Polis Manhattan menerima laporan kecemasan pada pagi Rabu dan menemui Michelle dalam keadaan tidak sedarkan diri serta tidak bertindak balas.

Mendiang kemudian diisytiharkan sudah meninggal dunia di lokasi dia ditemui. Keluarga Michelle menerusi satu kenyataan juga turut mengesahkan kematiannya.

“Dengan penuh rasa dukacita, kami mengesahkan pemergian Michelle Trachtenberg. Kami meminta diberikan ruang untuk melalui tempoh-tempoh sukar ini,” kata kenyataan itu.

Michelle Trachtenberg meninggal dunia

Dalam pada itu, pihak berkuasa memaklumkan tiada unsur-unsur mencurigakan dalam kematian mendiang.

“Kami tidak mengesyaki ada unsur-unsur jenayah dalam kes ini. Bagaimanapun, siasatan masih berjalan dan pemeriksaan perubatan akan menentukan punca kematian mendiang,” kata Jabatan Polis New York (NYPD).

Michelle memulakan karier lakonannya sejak berumur sembilan tahun menerusi satu siri terkenal Nickelodeon, The Adventures of Pete & Pete.

Bagaimanapun, pelakon kelahiran Amerika Syarikat itu lebih dikenali menerusi wataknya sebagai Dawn Summers dalam siri Buffy the Vampire Slayer.

Mencipta nama sebagai pelakon sejak kanak-kanak lagi

Pada awal-awal tahun 2000, beliau menerima pencalonan beberapa anugerah termasuk Daytime Emmy Award untuk peranannya dalam siri berkenaan.

Beliau kemudian turut terkenal apabila membawa peranan sebagai Georgina Sparks dalam Gossip Girl, yang bersiaran dari 2007 hingga 2012.

Selain tampil di kaca televisyen, mendiang turut membintangi beberapa buah filem antaranya EuroTrip, Ice Princess, Killing Kennedy dan Sister Cities.

BACA: FA ‘Gantung’ Pengurus Liverpool Dua Perlawanan

Sumber: BBC