FA ‘Gantung’ Pengurus Liverpool Dua Perlawanan
Pengurus Liverpool, Arne Slot, dilaporkan telah dikenakan penggantungan dua perlawanan.
Hukuman itu dijatuhkan selepas beliau menerima kad merah dalam perlawanan derby Merseyside menentang Everton di Goodison Park awal bulan ini.
Difahamkan, Slot, bersama penolong ketua jurulatih, Sipke Hulshoff, telah dihukum selepas didapati bertindak secara tidak wajar.
Mereka juga menggunakan kata-kata serta tingkah laku yang dianggap menghina atau kesat terhadap pegawai perlawanan, Michael Oliver.
https://x.com/SkySportsNews/status/1894700154495582245?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1894700154495582245%7Ctwgr%5E00626712f43cffc7b3ba6f2c5c379759842a64dd%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.astroawani.com%2Fberita-sukan%2Fepl-berkelakuan-biadap-terhadap-pengadil-fa-gantung-arne-slot-dua-perlawanan-510298
Susulan itu, kedua-duanya dikenakan denda masing-masing Slot perlu membayar £70,000, manakala Hulshoff didenda £7,000.
Akibat penggantungan ini, Slot dan Hulshoff tidak akan berada di bangku simpanan Liverpool bagi dua perlawanan Liga Perdana Inggeris yang akan datang.
Mereka akan terlepas perlawanan menentang Newcastle United dan Southampton.
Sebagai langkah sementara, tugas mengendalikan pasukan akan dipikul oleh Johnny Heitinga.
Bagaimanapun, Slot dan Hulshoff dijangka kembali untuk mengemudi Liverpool dalam final Piala Carabao menentang Newcastle pada Ahad, 16 Mac.
BACA: Manchester United Hadapi Perubahan Besar Sebagai “Langkah Penjimatan”
BACA: ACLE: Shandong Taishan Tarik Diri
BACA: Arif Aiman ‘Hampir’ Setanding Cristiano Ronaldo
Sumber: Stadium Astro