Siakap Keli
Arif Aiman
Sumber: Stadium Astro

Arif Aiman ‘Hampir’ Setanding Cristiano Ronaldo

Arif Aiman ‘Hampir’ Setanding Cristiano Ronaldo

Penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, terus mencuri tumpuan dalam dunia bola sepak apabila berjaya mencatatkan lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.

Prestasi cemerlang pemain muda berusia 22 tahun itu bukan sahaja mengukuhkan kedudukannya dalam pasukan, malah hampir menyamai rekod penjaring prolifik dunia, Cristiano Ronaldo.

Ronaldo, yang kini bersama kelab Arab Saudi, Al-Nassr, telah mengumpul enam gol dalam saingan ACLE musim ini.

Ini bermakna Arif Aiman hanya memerlukan satu gol sahaja lagi untuk menyamai jumlah jaringan dimiliki bekas bintang Real Madrid dan Manchester United itu.

Selain Ronaldo, persaingan penjaring terbanyak turut melibatkan nama-nama besar seperti Jasir Asani dari Gwangju, yang kini mendahului senarai penjaring dengan tujuh gol.

Salem Al-Dawsari (Al-Hilal) pula mencatat enam gol, berkongsi kedudukan dengan penyerang Yokohama F. Marinos, Anderson Lopes.

Apa yang lebih menarik, Arif Aiman kini turut berkongsi tempat dengan beberapa bintang ternama dunia yang masing-masing mencatat lima gol.

Antara nama-nama tersebut termasuklah Riyad Mahrez (Al-Ahli), Aleksandar Mitrovic (Al-Hilal), Ivan Toney (Al-Ahli), dan Matias Vargas (Al Fateh).

BACA: “Meremang bulu roma”, Ini Ucapan TMJ Dalam Bilik Persalinan

BACA: Patut Atlet Terkaya Di Dunia, Ini Perniagaan Dilakukan Cristiano Ronaldo

BACA: ‘Gagal’ Dalam Tiga Pentas Final, Di Maria Dedah Terpaksa Ambil Ubat 

Sumber: Stadium Astro

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.