Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Perubahan Besar Manchester United
Sumber: Sky Sports

Manchester United Hadapi Perubahan Besar Sebagai “Langkah Penjimatan”

Hannah

Manchester United Hadapi Perubahan Besar Sebagai “Langkah Penjimatan”

Manchester United kini sedang menjalani proses penstrukturan semula bagi mengukuhkan kestabilan kewangan kelab dan perlu menghadapi perubahan besar.

Langkah ini termasuk pemberhentian pekerja dalam jumlah yang besar serta ‘pemotongan’ beberapa manfaat pekerja, termasuk makan tengah hari percuma di Old Trafford.

Pemberhentian sehingga 200 pekerja

Menurut kenyataan rasmi kelab, Manchester United berkemungkinan memberhentikan antara 150 hingga 200 pekerja sebagai sebahagian daripada usaha pemulihan kewangan.

Ini merupakan gelombang pemberhentian kedua selepas 250 jawatan telah dimansuhkan pada tahun lalu.

‘Pemotongan’ manfaat pekerja

Sebagai tambahan kepada pemberhentian pekerja, Manchester United juga akan menamatkan kemudahan makan tengah hari percuma untuk kakitangan di Old Trafford, yang dianggarkan dapat menjimatkan lebih £1 juta setahun.

Bonus pekerja juga akan dikurangkan, dan beberapa kakitangan akan dipindahkan dari Old Trafford ke pusat latihan Carrington.

Semua pemimpin kelab, termasuk Ketua Pegawai Perniagaan yang baharu, Marc Armstrong, kini diwajibkan berpusat di Manchester.

Kelab juga menyatakan bahawa sumbangan amal mereka akan tertumpu kepada Manchester United Foundation dan Persatuan Penyokong Kurang Upaya Manchester United.

Sumbangan tahunan sebanyak £40,000 kepada persatuan tersebut akan kekal, tetapi tahap sokongan kepada yayasan masih dalam perbincangan.

Krisis kewangan & keperluan penjimatan

Ketua Pegawai Eksekutif Manchester United, Omar Berrada, menegaskan bahawa kelab telah mengalami kerugian selama lima tahun berturut-turut dan keadaan ini tidak boleh dibiarkan berterusan.

“Kami bertanggungjawab memastikan Manchester United berada dalam kedudukan terbaik untuk bersaing dalam semua peringkat, termasuk pasukan lelaki, wanita dan akademi.

“Walaupun langkah ini sukar dan memberi kesan kepada pekerja yang terlibat, ia perlu bagi memastikan kelab kembali kukuh dari segi kewangan,” katanya.

Jika tindakan segera tidak diambil, kelab berisiko gagal mematuhi peraturan Keuntungan dan Kelestarian (PSR) serta Peraturan Kewangan Adil (FFP) pada masa hadapan.

Ini sekali gus boleh memberi kesan buruk terhadap keupayaan mereka untuk bersaing di atas padang.

Dalam laporan kewangan terkini, United mencatatkan kerugian sebanyak £27.7 juta bagi suku terakhir, dengan keuntungan operasi jatuh daripada £27.5 juta kepada hanya £3 juta.

Punca masalah kewangan Manchester United

Ketua Wartawan Sky Sports News, Kaveh Solhekol berpendapat bahawa “pekerja yang kehilangan pekerjaan” bukanlah punca utama masalah kewangan Manchester United.

“Ramai orang kehilangan pekerjaan. Namun, kebanyakan mereka yang diberhentikan bukanlah individu yang bertanggungjawab atas kerugian sekitar £300 juta yang dialami Manchester United dalam tempoh tiga tahun terakhir.

“Jika kita melihat sebab United menghadapi masalah kewangan, mereka ini bukanlah pihak yang harus dipersalahkan.

“Masalah utama adalah perbelanjaan besar dalam pasaran perpindahan untuk pemain yang gagal memberikan impak. Selain itu, keputusan eksekutif kelab juga menyebabkan kerugian besar, seperti pemberian kontrak baharu kepada Erik ten Hag dan bayaran pampasan yang terpaksa dibuat.

“Apabila bercakap mengenai kewangan United, kita tidak boleh mengabaikan pemilik kelab. Hakikatnya, pemilikan oleh keluarga Glazer telah menelan kos lebih £1 bilion dalam tempoh 19 tahun terakhir.

“Ketika mereka membeli kelab ini, mereka meminjam £600 juta dan membebankan hutang itu ke atas kelab. United telah membayar faedah sebanyak £834 juta ke atas hutang tersebut, dan 19 tahun kemudian, hutang itu meningkat kepada £731 juta. Padahal, sebelum dibeli oleh keluarga Glazer, United adalah sebuah kelab bebas hutang.

“Selain itu, mereka juga membelanjakan £391 juta untuk pembayaran perpindahan pemain. Jumlah hutang kini mencecah £1.1 bilion. Dalam tempoh 10 tahun terakhir, keluarga Glazer telah mengambil dividen sebanyak £177 juta, dan lebih setahun lalu, mereka menjual 25 peratus saham kelab kepada INEOS dengan nilai sekitar £1 bilion,” katanya.

BACA: Arif Aiman ‘Hampir’ Setanding Cristiano Ronaldo

BACA: ‘Gagal’ Dalam Tiga Pentas Final, Di Maria Dedah Terpaksa Ambil Ubat

BACA: Patut Atlet Terkaya Di Dunia, Ini Perniagaan Dilakukan Cristiano Ronaldo

Sumber: Sky Sports