Kuala Lumpur, 26 Februari 2025 – foodpanda Malaysia dan TNG Digital, pengendali TNG eWallet, telah bekerjasama untuk memperkenalkan kempen pulangan tunai pandacredit, yang membolehkan rakyat Malaysia menikmati lebih penjimatan sambil ‘melayan’ nafsu makan mereka!
Disokong oleh TNG eWallet, pandacredit ialah dompet khusus yang diwujudkan dalam akaun TNG eWallet sedia ada pengguna. Ia direka untuk memberikan rakyat Malaysia pengalaman transaksi yang lancar, mudah dan lebih menguntungkan di platform foodpanda. Daripada tawaran pulangan tunai yang eksklusif sehingga proses pemulangan wang yang lebih pantas, pandacredit merupakan kaedah pembayaran inovatif dan mesra pengguna yang tersedia bagi semua rakyat Malaysia yang memiliki akaun foodpanda.
Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Tan Ming Luk berkata, “Di foodpanda, kami sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna. pandacredit adalah sebahagian daripada inisiatif kami untuk meningkatkan pengalaman pelanggan di foodpanda dengan menyediakan kaedah pembayaran digital yang sungguh mudah. Melalui pandacredit, kami juga dapat menawarkan promosi bernilai tinggi yang menggalakkan pelanggan meneroka lebih banyak restoran dan kedai di platform kami.”
Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital, Alan Ni berkata, “Kami teruja untuk bekerjasama dengan foodpanda untuk menyediakan pengalaman yang lebih menguntungkan dan lancar kepada pengguna. Kerjasama ini mencerminkan komitmen kami dalam menjadikan transaksi harian bukan sahaja lebih mudah, tetapi juga lebih bernilai. Di TNG Digital, kami bukan sekadar menyokong pembayaran tanpa tunai, tetapi juga membangunkan platform yang memperkaya gaya hidup pengguna dengan kemudahan dan ganjaran eksklusif. Dengan memberi keutamaan kepada keterangkuman kewangan serta penyelesaian digital yang inovatif, kami berhasrat untuk memperkasakan rakyat Malaysia dengan akses lebih luas ke arah masa depan tanpa tunai yang tersambung.”
Dari 20 Februari hingga 20 Mac 2025, pembayaran melalui pandacredit akan menjadi lebih berbaloi berbanding sebelum ini! foodpanda Malaysia dan TNG Digital akan memberikan pulangan tunai 10% bagi setiap pesanan di foodpanda apabila pengguna membuat pembayaran melalui pandacredit. Pengguna boleh mengaktifkan pandacredit dengan mudah melalui aplikasi foodpanda atau TNG eWallet. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Untuk memautkan TNG eWallet pada aplikasi foodpanda, pergi ke tab Akaun dan ketik pada baki pandacredit anda. Cari sepanduk kempen pulangan tunai tersebut, kemudian pilih “Teruskan” untuk melancarkan TNG eWallet dan melengkapkan proses pemautan. Setelah selesai, baki TNG eWallet anda akan dipaparkan dalam pandacredit, memastikan pembayaran lebih lancar untuk setiap pesanan anda pada bila-bila masa dan di mana sahaja!
Untuk maklumat lanjut tentang pandacredit dan promosi pulangan tunai, layari https://www.foodpanda.my/contents/pandacredit-user-account-tncs.