Siakap Keli
bekalan kelapa
Sumber : BERNAMA

Strategi Menangani Isu Kekurangan Bekalan Kelapa

Strategi Menangani Isu Kekurangan Bekalan Kelapa

PUTRAJAYA, 27 FEBRUARI 2025 – Susulan daripada komitmen Kerajaan bagi memastikan kecukupan bekalan kelapa, KPKM ingin memaklumkan bahawa telah  berjaya mengimport dan mengedarkan sejumlah 661,761 biji kelapa tua, bersamaan 661 metrik tan (MT) dengan nilai keseluruhan RM1.45 juta. Bekalan ini telah  ditempatkan di pusat pengedaran utama seperti Pusat Operasi FAMA Dengkil,  Selangor, Pusat Operasi FAMA Senawang, Negeri Sembilan dan Pusat Operasi FAMA Simpang Pulai, Perak.  

Bekalan ini akan disalurkan melalui 42 Pusat Operasi FAMA di seluruh negara dan dipasarkan ke outlet peruncitan FAMA serta pemborong utama bagi memastikan ketersediaan bekalan di pasaran. Usaha ini akan diteruskan sehingga bekalan kelapa  dalam negara kembali stabil. Antara negara yang mengeksport kelapa tua ke Malaysia  adalah Indonesia, Thailand dan Sri Lanka. 

Bagi langkah jangka panjang, melalui Rancangan Malaysia Ke-12, DOA telah melaksanakan beberapa inisiatif termasuk penanaman semula dan penanaman  baharu kelapa, penghasilan pelbagai anak benih kelapa daripada varieti berproduktiviti  tinggi seperti kelapa MATAG, Pandan, Malayan Yellow Dwarf (MYD) dan Malayan Red  Dwarf (MRD).  

Kawasan tanah yang dikenal pasti dengan kerjasama Kerajaan Negeri akan digunakan  untuk penanaman kelapa bagi meningkatkan pengeluaran domestik termasuk juga dengan kerjasama Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di bawah Lembaga  Pertubuhan Peladang (LPP). LPP telah melaksanakan 43 projek penanaman kelapa  yang diusahakan bermula tahun 2016 di seluruh negara dengan keluasan seluas  643.42 hektar berkapasiti 123,426 pokok kelapa. 

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.