Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kanak-Kanak Lelaki Empat Tahun Cedera Diserang Anjing

Azizah Najib
diserang anjing
Kredit: Bernama

Kanak-Kanak Lelaki Empat Tahun Cedera Diserang Anjing

ALOR SETAR, 1 Mac (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera parah selepas diserang sekumpulan anjing di Kampung Dedek dekat Langkawi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata kejadian berlaku pada kira-kira 10.30 pagi berhampiran dengan rumah kanak-kanak berkenaan, yang terletak berdekatan dengan kawasan tapak perkuburan.

Beliau berkata kanak-kanak yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala itu dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Ibu mangsa dan pihak hospital telah membuat laporan polis berhubung kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu tular di media sosial paparan yang menunjukkan keadaan kanak-kanak itu yang sedang duduk dalam keadaan berlumuran darah di bahagian kepala.

Sumber: BERNAMA

BACA: Viral Video Wanita Diserang & Digigit Anjing, Tangan Habis Luka Berdarah