12 Bersaudara ‘Riuh’ Sambut Ramadan, Komen Netizen Pula Bikin Sebak
Bulan Ramadan ni bukan sekadar bulan yang penuh keberkatan di mana umat Islam menahan lapar dan dahaga. Ia lebih daripada itu.
Korang perasan tak, setiap tahun bila tiba Ramadan, suasana rumah terasa lebih meriah?
Bayangkan waktu sahur, walaupun mata masih kuyu dan badan terasa berat, tetap ada momen manis bila seisi rumah duduk makan bersama, berkongsi hidangan yang mungkin sederhana.
Masa berbuka pula, meja makan yang biasanya ‘tak penuh’, tiba-tiba meriah dengan gelak tawa dan aroma juadah yang menggoda selera.
Paling dinantikan, malam-malam Ramadan yang diisi dengan solat tarawih berjemaah dan sesi moreh, sambil makan kuih, borak-borak sampai tak sedar dah larut malam.
Saat-saat macam ni yang buat Ramadan jadi lebih bermakna, sebab bukan semua orang dapat merasainya.
Gelagat satu keluarga besar ni sambut Ramadan, curi tumpuan
Baru-baru ini, tular di media sosial TikTok satu perkongsian yang mencuit hati tentang sebuah keluarga besar yang meraikan kedatangan bulan mulia ini dengan penuh kehangatan.
Perkongsian yang dimuat naik oleh @itsmeaisyahariffin memperlihatkan suasana meriah dalam keluarganya yang terdiri daripada 12 beradik.
Seawal waktu sahur, ruang makan dipenuhi dengan adik-beradik yang kelihatan masih mamai, tetapi tetap tersenyum dan saling menyakat antara satu sama lain.
Gelagat mereka membuatkan ramai netizen terhibur dan teringat kenangan sahur bersama keluarga sendiri.
@itsmeaisyahariffin sahuuuuurr
Namun, momen yang paling mencuit hati adalah ketika mereka menunaikan solat sunat tarawih bersama di rumah.
Dalam video tersebut, dapat dilihat bagaimana mereka saling memberi “signal mata” sebaik sahaja selesai rakaat kelapan solat tarawih.
Akhirnya, si bongsu yang terkenal dengan “kuasa istimewanya” memberanikan diri untuk bersuara, membuatkan yang lain tergelak kecil.
@itsmeaisyahariffin Pakat takut dgn Abah. teraweh 8 ka 20 pakat duk angkat keningg. Kalau morehhh lajuuu 😂 #12bersaudara #barkoba
Apa yang lebih menyentuh hati adalah kisah di sebalik “kopiah” yang dipakai oleh si bongsu dalam video tersebut.
Ramai yang pada awalnya terhibur kerana menyangka ia adalah anak tudung biasa yang diikat dengan getah, tetapi hakikatnya, ada kisah di sebaliknya.
“Ingatkan anak tudung ja kita ikat, rupanya kopiah iman pun diikat,” tulis seorang netizen.
Rupa-rupanya, anak tudung itu adalah kepunyaan arwah ibu mereka, dan si bongsu sengaja memakainya sebagai tanda ingatan serta cara untuk merasakan kehadiran ibu mereka dalam momen Ramadan.
Ternyata, situasi ini mengundang nostalgia di kalangan netizen yang turut berkongsi pengalaman mereka dalam keluarga besar ketika bulan Ramadan.
“Suasana yang saya rindukan, tapi dah lama tak merasa sejak mak dan ayah meninggal”
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa kagum dan terhibur dengan gelagat adik-beradik ini.
Namun, di sebalik keriangan yang dipaparkan, ada juga komen yang menyentuh perasaan, terutama dari mereka yang merindui suasana keluarga yang pernah mereka nikmati suatu ketika dahulu.
“Saya susah nak cemburu dekat orang. Tapi bila tengok video TikTok ni terus rasa cemburu, Tapi cemburu yang baik ya,”
“Saya sebak tengok ni, hasil didikan seorang abah, anak-anak dapat merasa kemanisan beribadah bersama-sama. Betapa barakahnya sebuah keluarga itu,”
“Mula-mula tengok saya senyum sampai telinga, suka tengok keluarga macam ni. Lepastu saya sedih sebab keluarga saya tak macam ni,”
“Keluarga ini cukup sempurna, didikan Mak Ayah. Semoga kita semua dapat merasa suasana seperti ini. Ramai yang sedih, ramai yang inginkan situasi seperti ini,”
BACA: Tempat Solat Yang Terbaik Bagi Seorang Wanita – Mufti WP
BACA: Kanak-Kanak Berzikir Di Hospital Cuit Hati Netizen
BACA: Israel Umum Akan Hentikan Kemasukan Barangan & Bekalan Ke Gaza
Sumber: Aisyah Ariffin via TikTok