Bersatu Kita Teguh: MILO® Terus Pacu Pembangunan Sukan Sekolah dengan Pelancaran Takwim Kejohanan MSSM Tahunan bersama KPM
Pelancaran Takwim Kejohanan MSSM 2025 melambangkan komitmen berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan MILO® untuk memperkasakan golongan muda Malaysia menerusi sukan, dengan menyenaraikan 24 acara yang bakal dipertandingkan di kejohanan sukan sekolah Malaysia tahun ini.
Kejohanan KPM-MSSM- MILO® adalah kemuncak pertandingan sukan sekolah di Malaysia, menghimpunkan atlet muda berbakat di peringkat sekolah rendah dan menengah dari seluruh negara. Pertandingan peringkat kebangsaan ini menyediakan platform penting untuk murid-murid sekolah menyerlahkan kemahiran mereka dalam pelbagai sukan, daripada acara kegemaran ramai kepada sukan yang sedang meningkat naik.
Kerjasama tersebut menandakan satu lagi mercu jaya penting dalam pakatan yang terjalin erat selama 70 tahun, dengan memainkan peranan penting dalam usaha menyokong atlet-atlet muda dan membangunkan sukan di peringkat akar umbi, sejajar dengan misi MILO® Malaysia untuk membina sebuah negara yang aktif bersukan. Sesungguhnya pakatan ini telah mencorakkan dunia sukan peringkat sekolah di Malaysia dan membawa impak bermakna kepada berjuta-juta murid selama ini.
“Kejohanan MSSM bukan sekadar acara sukan biasa, tetapi juga lambang aspirasi negara untuk membina generasi baharu yang lebih baik, seimbang dan bersedia untuk menghadapi masa depan, yang mampu menempuh cabaran dunia global. Saya yakin bahawa berkat usaha berterusan dan komitmen kukuh bersama, kita dapat mencapai kejayaan lebih besar dan melahirkan lebih ramai atlet bertaraf dunia. Kami perlu melibatkan lebih ramai murid dengan memberi peluang untuk mereka menyertai kejohanan MSSM mengikut minat dan keupayaan masing-masing. Kita juga perlu melihat penganjuran kejohanan MSSM ini sebagai satu wadah yang mencetus perubahan menyeluruh untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara,” kata Tuan Haji Azman Bin Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.
“MILO® komited untuk memupuk juara-juara masa depan dan menyokong pembangunan sukan sekolah di Malaysia. Kami percaya sukan memainkan peranan penting untuk membina komuniti yang sihat dan aktif, mencerminkan falsafah kami bahawa ‘Sukan Ibarat Guru Terbaik.’ Menerusi sukan, anak-anak diajar nilai-nilai seperti disiplin, kecekalan dan kerjasama sepasukan – pengajaran yang juga boleh dimanfaatkan di luar arena sukan dan membimbing mereka dalam perjalanan hidup masing-masing,” kata Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan, MILO® Malaysia.
“Berbangga sebagai produk Buatan Malaysia, oleh Rakyat Malaysia, MILO® dikeluarkan di kilang terbesar dunia di Chembong, Negeri Sembilan. Sempena ulang tahunnya yang ke-75 di Malaysia, MILO® terus komited untuk menyokong pembangunan negara berbekalkan semangat untuk meningkatkan kesihatan dan kecergasan rakyat Malaysia sejak turun-temurun. Persijilan Logo Pilihan Lebih Sihat kami sesungguhnya membuktikan komitmen kami untuk menyediakan pilihan yang lazat dan berkhasiat, dan memperkasakan anak-anak muda Malaysia untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bahagia.”
Usaha sama ini pasti akan memberi inspirasi kepada generasi atlet akan datang, menggalakkan mereka mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan menyumbang kepada pembangunan negara yang lebih kuat dan aktif.