Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
kang myung joo
Kredit: Koreaboo

Pelakon Veteran Korea Selatan, Kang Myung Joo Meninggal Dunia

Azizah Najib

Pelakon Veteran Korea Selatan, Kang Myung Joo Meninggal Dunia

Korea Selatan – Pelakon veteran yang pernah tampil dalam drama Extraordinary Attorney Woo, Kang Myung Joo, 54 tahun, meninggal dunia pada Sabtu, lapor The Economics Times.

Berita duka ini disahkan oleh anaknya yang juga seorang pelakon, Park Se Young. Difahamkan, mendiang meninggal dunia akibat kanser.

“Ibu saya telah pergi pada tengah hari semalam. Saya amat menghargai ingatan anda terhadap ibu sewaktu ibu di pentas (lakonan), ia sesuatu yang amat ibu sayangi sepenuh hati,” ujar pelakon tersebut.

Pengebumian mendiang telah dijalankan di Rumah Pengebumian Hospital St Mary, Seoul dengan upacara terakhir dijadualkan pada Ahad.

Dalam pada itu, pelakon filem ngeri Emergency Declaration, Nam Myung Ryul turut menyampaikan ucapan takziah menerusi media sosial milik beliau.

“Beberapa hari yang lalu, saya mendapat perkhabaran yang Myung Joo menghidapi kanser dan sedang menjalani rawatan. Dalam masa yang sama, saya turut mendapat berita pelakon gandingan saya dalam Burned Love, Lee Yeon Kyu turut diuji penyakit berbahaya.

“Dukacitanya Myung Joo tidak dapat melawan penyakitnya dan meninggal dunia. Walaupun saya sentiasa prihatin terhadapnya, Myung Joo mengekalkan lakonannya di atas pentas dengan penuh bersemangat.

“Saya benar-benar yakin mendiang dapat sembuh dari kanser dan teruskan berlakon. Berita pemergian mendiang membuatkan saya sedih,” ucapnya.

Menjengah kerjaya lakonannya, langkah pertama mendiang bermula di pentas teater pada tahun 1992 bersama syarikat produksi pentas Kooni di Nara. Sepanjang kerjayanya, mendiang turut mendapat peluang berlakon dalam pementasan Hamlet in the Year 2000, Blood dan CIAAT.

Biarpun mendiang dijemput untuk berlakon sebagai hakim menerusi drama Extraordinary Attorney Woo, mendiang tetap memberikan dedikasi terhadap pementasan teater. Malah, ketika menghadapi kanser, mendiang masih mampu memberikan sepenuh perhatian ketika mengadakan persembahan Sweat, Bea dan 20th Century Blues dalam detik-detik terakhir mendiang.

Mendiang meninggalkan dua anak perempuan serta suaminya yang juga seorang pelakon, Park Yun Hee.

BACA: Penyanyi, Shukri Zainal Meninggal Dunia

BACA: Warga Emas Rebah, Meninggal Dunia Di Bazar Ramadan

Sumber: The Economics Times