Siakap Keli
tanah runtuh lok bonu
Gambar: JBPM

Wanita Maut Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Kampung Lok Bonu Sepanggar

Wanita Maut Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Kampung Lok Bonu Sepanggar

KOTA KINABALU, 5 Mac (Bernama) — Seorang wanita maut dalam kejadian tanah runtuh melibatkan sebuah rumah di Kampung Lok Bonu Jalan Sepanggar di sini awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 4.32 pagi sebelum 10 anggota dari Balai Bomba Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Apabila tiba di lokasi, pasukan operasi mendapati berlaku hakisan tanah runtuh dan menimbus sebuah rumah jenis tidak kekal menyebabkan kerosakan 100 peratus.

“Terdapat dua mangsa terlibat iaitu seorang wanita yang tertimbus dan berjaya dikeluarkan oleh bomba namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi kejadian, manakala anak lelakinya selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatka n pada 7 pagi tadi.

BACA: Kompleks Ladang Ternakan Ayam Pedaging FELCRA Bantu Agenda Keterjaminan Makanan – Ahmad Zahid

BACA: Baru Tahu, Ini Rupanya Perbezaan Antara Wasabi Asli & Tiruan

BACA: Nampak Biasa Tapi Rasanya Unik, Kuih Warisan Qasidah Utara

Sumber: Bernama

 

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: