Siakap Keli
Gambar: Bernama

ERA FM: Kertas Siasatan Diserah Kepada Timbalan Pendakwa Raya, Hari Ini – MCMC

ERA FM: Kertas Siasatan Diserah Kepada Timbalan Pendakwa Raya, Hari Ini – MCMC

PUTRAJAYA, (Bernama) — Kertas siasatan berhubung satu video yang didakwa mempersendakan agama Hindu, yang dimuat naik ke akaun TikTok milik stesen radio ERA FM akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan malam ini memaklumkan pihaknya telah memanggil pengurusan tertinggi Astro bagi membantu siasatan isu tersebut di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berdasarkan peruntukan selepas pindaan akta.

Susulan isu yang sama, suruhanjaya itu berkata notis niat bagi menggantung lesen ERA FM turut diserahkan kepada pemegang lesen yang mengendalikan stesen radio tersebut.

“Pemegang lesen diberi tempoh 30 hari untuk mengemukakan maklum balas sebelum sebarang keputusan diambil,” menurut kenyataan tersebut.

Sebelum ini, tular di media sosial tindakan penyampai radio milik Astro tersebut yang dilihat melakukan tindakan seolah-olah mempersendakan upacara agama Hindu.

Susulan itu, enam individu termasuk tiga penyampai radio ERA FM telah dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman semalam.

Sumber: BERNAMA

BACA: Sikap Individu Yang Mempersendakan Islam – Ketua Pengarah JAKIM

BACA: Kenyataan Rasmi MCMC Berhubung Kes Harith Iskander, Cecelia Yap

BACA: Isu Pengacara Radio: Polis Sedang Lengkapkan Siasatan – Ketua Polis Negara

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.