Siakap Keli
Kes Harith Iskander Cecelia Yap
Sumber: MCMC

Kenyataan Rasmi MCMC Berhubung Kes Harith Iskander, Cecelia Yap

Kenyataan Rasmi MCMC Berhubung Kes Harith Iskander, Cecelia Yap

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menerima izin daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mengenakan tindakan kompaun sebanyak RM10,000 setiap seorang terhadap dua individu atas kesalahan memuat naik kandungan dan komen jelik melibatkan agama Islam di Facebook, pada 18 Februari 2025.

Tindakan kompaun itu akan dikenakan ke atas Harith Iskander dan Cecelia Yap di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berdasarkan peruntukan sebelum pindaan akta yang berkuat kuasa pada 11 Februari 2025.

Selepas menerima permohonan daripada MCMC, Meta telah menurunkan kandungan tersebut setelah ianya didapati melanggar garis panduan komuniti Facebook.

Selain itu, permohonan penutupan akaun Facebook milik kedua-dua individu terbabit juga telah dibuat.

Permohonan tersebut kini dalam penelitian dan penilaian pihak Meta.

Kertas Siasatan ERA Akan Dikemuka Kepada AGC

Dalam perkembangan lain, MCMC akan mengemukakan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya esok berhubung satu video mempersendakan agama Hindu yang dimuat naik ke akaun TikTok milik stesen radio ERA FM.

Susulan kes tersebut, MCMC telah memanggil pengurusan tertinggi Astro semalam.

Satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berdasarkan peruntukan selepas pindaan akta.

Rakaman percakapan pihak terlibat dibuat bagi membantu siasatan.

Notis Niat bagi Penggantungan Lesen turut diserahkan kepada pemegang lesen yang mengendalikan stesen radio ERA FM.

Pemegang lesen diberi tempoh 30 hari untuk mengemukakan maklum balas sebelum sebarang keputusan diambil.

BACA: Polis Kenal Pasti Suspek Utama Penipuan Forex Libatkan Kerugian RM24 Juta

BACA: Harga RON97, Diesel Di Semenanjung Turun Lima Sen

BACA: Enam Termasuk Tiga Penyampai Radio Beri Keterangan Di Bukit Aman

Sumber: MCMC

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.