Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Harga RON97, Diesel Di Semenanjung Turun Lima Sen

Siti Nur Ain Natasya
ron97 diesel naik
Gambar: BERNAMA

Harga RON97, Diesel Di Semenanjung Turun Lima Sen

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) — Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun sebanyak lima sen iaitu masing-masing ditetapkan pada RM3.38 dan RM3.13 seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Mac ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON95 kekal RM2.05 seliter manakala harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan turut kekal pada RM2.15 seliter.

MOF memaklumkan penetapan kadar itu adalah seiring dengan perubahan harga pasaran minyak.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit minyak dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” menurut kenyataan itu.

Menurut MOF, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

BACA: Tawaran Istimewa Zoo Negara Malaysia Sempena Ramadan 2025

BACA: Enam Termasuk Tiga Penyampai Radio Beri Keterangan Di Bukit Aman

BACA: Polis Temui Anggota Badan Milik 9 Pelajar Hilang

Sumber: BERNAMA