Siakap Keli
9 pelajar hilang
Sumber: New York Post

Polis Temui Anggota Badan Milik 9 Pelajar Hilang 

Polis Temui Anggota Badan Milik 9 Pelajar Hilang 

Polis Mexico menemui beberapa anggota badan milik sembilan pelajar yang dilaporkan hilang ketika bercuti di selatan Mexico bulan lalu.

Mayat mereka ditemukan dalam keadaan ‘sudah dipisahkan’ di tepi lebuh raya, bersama sebuah beg berisi tangan manusia.

Menurut laporan, empat mayat ditemui dalam but sebuah kenderaan terbiar, manakala lima lagi diletakkan di bawah kain kanvas yang berlumuran darah di San Jose Miahuatlan, kawasan bersempadan antara negeri Puebla dan Oaxaca.

Lebih mengerikan, sebuah beg berisi lapan pasang tangan ditemukan di lokasi kejadian, sementara dua lagi tangan dijumpai dalam but kenderaan tersebut, menurut laporan Periodico Central.

Kesemua sembilan mangsa, terdiri daripada empat wanita dan lima lelaki berusia antara 19 hingga 30 tahun, dipercayai mengalami kesan tembakan serta tanda-tanda diseksa, lapor El Financiero.

Mereka dipercayai berasal dari Tlaxcala dan dilaporkan hilang pada 27 Februari selepas bertolak ke pantai di Oaxaca untuk bercuti.

BACA: Enam Termasuk Tiga Penyampai Radio Beri Keterangan Di Bukit Aman

Kenderaan yang dipercayai digunakan mangsa, sebuah Volkswagen Vento berwarna kelabu gelap dengan nombor pendaftaran dari Tlaxcala, ditemui kira-kira 150 batu dari Mexico City.

Rakaman kamera litar tertutup bertarikh 24 Februari menunjukkan kenderaan ini bergerak di lebuh raya Atlixcayotl berhampiran Atlixco, kira-kira 90 batu dari lokasi mayat ditemukan.

Identiti lapan daripada mangsa telah dikenal pasti, sementara seorang lagi masih belum dapat dikenali.

Setakat ini, pihak berkuasa belum menamakan sebarang suspek.

Pejabat Peguam Negara Puebla sedang bekerjasama dengan rakan sejawat di Tlaxcala dan Oaxaca untuk menjejaki dalang di sebalik pembunuhan ini.

Ketua Pejabat Peguam Negara Puebla, Idamis Pastor Betancourt, dalam sidang media Isnin lalu, menyatakan bahawa siasatan sedang giat dijalankan.

“Buat masa ini, kami tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat lanjut kerana ia adalah rahsia siasatan,” katanya.

BACA: Wanita Jepun Jatuh Bangunan Isteri Ridzokumura – KP Selangor

BACA: Ridzokumura Beri Penjelasan Kematian Isteri 

Sumber: Daily Mail, New York Post

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.