Siakap Keli
Kemenangan Politik Berbanding Umrah Haji
Sumber: JAKIM

Sikap Individu Yang Mempersendakan Islam – Ketua Pengarah JAKIM

Sikap Individu Yang Mempersendakan Islam – Ketua Pengarah JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memandang serius tindakan seorang individu yang memuat naik kandungan media yang jelas mempermainkan serta mempersendakan ajaran Islam.

“JAKIM telah melaporkan aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tindakan lanjut terhadap kandungan yang menyentuh sensitiviti agama Islam.

“Selain itu, laporan polis juga telah dikemukakan bagi memastikan tindakan tegas dapat diambil terhadap individu berkenaan selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa,” jelas Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee.

JAKIM juga menyeru agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu berkenaan selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa.

“Kenyataan di media sosial tersebut telah jelas mencetuskan ketidakharmonian dalam masyarakat, malah berpotensi menimbulkan ketegangan antara agama dan kaum.

“Oleh itu, semua pihak harus menghentikan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi, kemarahan dan ketegangan dalam masyarakat,” tambah beliau.

Dalam pada itu, semua pihak dinasihatkan untuk mengamalkan sikap hormat-menghormati serta menjaga adab.

“Keamanan dan kesejahteraan negara hanya dapat dikekalkan melalui sikap saling menghormati serta memahami antara masyarakat,” kata beliau lagi.

Sumber: JAKIM

BACA: Kenyataan Rasmi MCMC Berhubung Kes Harith Iskander, Cecelia Yap

BACA: Isu Pengacara Radio: Polis Sedang Lengkapkan Siasatan – Ketua Polis Negara

BACA: Pegawai Tribunal Kastam Ditemukan Mati Dengan Leher, Kaki Terjerut Pengikat Kabel

Sumber: JAKIM

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.