Abu Dzar Ukir Sejarah, Imam Tarawih Di Jepun
Seorang lelaki dari Kuala Lumpur, Abu Dzar mencipta sejarah apabila menjadi imam pertama dari Malaysia yang berkhidmat di Masjid Kobe, Jepun.
Perkara itu dikongsikan oleh masjid berkenaan di akaun Instagram @kobemuslimmosqueofficial.
“Imam Abu Dzar amat menantikan peluang ini untuk bersama jemaah Masjid Kobe dalam bulan yang penuh keberkatan ini, mempereratkan ukhuwah, serta bersama-sama mencari rahmat dan keberkatan Allah SWT.
“Semoga Ramadan kali ini diberkahi penuh kedamaian, petunjuk, rohani buat semua.
“Kami dengan penuh keikhlasan menjemput semua untuk bersama kami dalam solat dan bermuhasabah diri,” maklum kenyataan tersebut.
https://www.instagram.com/p/DGAn6q3TumC/?igsh=d2pzaTVvcXgwcjdh&fbclid=IwY2xjawI3Ur1leHRuA2FlbQIxMAABHRWzm6TYZEFz89CFGHxZypW1ZW4-KobGudD3Ws_svDBuuai1oRhvv5r-2w_aem_yafy7MvgO-X-7-GP8kHufA
Sementara itu, bapa kepada lima orang anak itu menzahirkan ucapan terima kasih kepada Pengerusi Masjid Kobe, Dato’ Seri Mukhriz Mahathir dan pihak pengurusan masjid atas peluang yang diberikan kepadanya sepanjang bulan suci ini.
Bahkan, dia turut tidak sabar untuk berkhidmat sebagai imam di masjid berkenaan.
Bukan sahaja seorang Imam, malah seorang pendidik
Untuk makluman, Imam Abu Dzar mula menjadi imam di Masjid Al Imam Ash-Shafie, Kuala Lumpur pada tahun 2005.
Dia kemudian berkhidmat sebagai pengetua di Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin dan Darul Haafizhiin Al-Furqan dalam membimbing generasi muda dalam bidang akademik dan pengajian Islam.
Terdahulu, seorang pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencipta sejarah apabila terpilih menjadi imam solat Tarawih di sebuah masjid “Manukau Islamic Youth Centre” di Auckland, New Zealand.
Difahamkan, Muhammad Hanif Zakaria, 24, pelajar dari Fakulti Quran dan Sunnah itu telah memulakan tugasnya sebagai imam Tarawih bermula 2 hingga 26 Mac ini.
Pemuda kelahiran, Kota Bharu, Kelantan itu menzahirkan rasa syukur bahawa pemilihan tersebut merupakan satu kejayaan yang manis terhadap dirinya, memandangkan dia perlu bersaing sengit dalam sesi temu duga.
“Saya terkejut tetapi sangat bersyukur. Ini peluang keemasan, sekali seumur hidup,” katanya.
Sumber: Instagram Kobe Muslim Mosque Official