Siakap Keli
hujan lebat diramal 5 negeri
Kredit: AFP

Hujan Lebat Diramal Badai 5 Negeri Pagi Ini

Hujan Lebat Diramal Badai 5 Negeri Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 5 negeri sehingga jam 4 pagi ini.

Amaran berkenaan dikeluarkan di negeri Perak, Kelantan, Pahang, Selangor dan Sarawak.

Di Perak, kawasan yang dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat adalah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Selain itu, hujan lebat dan petir diramal berlaku di Kelantan yang melibatkan daerah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang. Manakala, fenomena cuaca berkenaan turut diramal akan melanda kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Temerloh di Pahang.

METMalaysia turut menjangkakan cuaca buruk yang sama akan melanda Selangor meliputi daerah Hulu Selangor sahaja.

Beralih ke Sarawak, antara daerah yang terlibat dalam amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang adalah Sarikei (Julau dan Meradong), Sibu, Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song) dan Miri.

Menurut MetMalaysia, ramalan tersebut berdasarkan tanda-tanda ribut petir dan intensiti hujan yang dijangka lebih sejam.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujar hantaran berkenaan.

BACA: Masters Orleans: Perjalanan Pearly-Thinaah Terhenti Di Suku Akhir

BACA: Boleh Tahan Ribuan Tahun, Ini Sebab Madu Tulen Tiada Tarikh Luput

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: