Masters Orleans: Perjalanan Pearly-Thinaah Terhenti Di Suku Akhir
KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) — Hasrat beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, untuk meraih gelaran sulung musim ini tidak kesampaian selepas tersingkir pada peringkat suku akhir Masters Orleans di Perancis, malam ini.
Dalam aksi yang berlangsung di Palais des Sports, pasangan beregu keenam dunia itu terpaksa akur apabila ditewaskan oleh gandingan baharu China yang menghuni ranking ke-42 dunia, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian, 15-21, 19-21 dalam tempoh 40 minit.
Nasib sama turut menimpa satu lagi gandingan wanita negara, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing, yang tersingkir di peringkat suku akhir selepas tewas kepada beregu Korea Selatan, Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong 13-21, 11-21.
Sementara itu, beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin menarik diri daripada meneruskan aksi suku akhir menentang pasangan ranking ke-10 dunia dari Indonesia, Rehan Kusharjanto-Gloria Widjaja.
Keputusan itu dibuat selepas Su Yin difahamkan mengalami kecederaan buku lali.
BACA: Boleh Tahan Ribuan Tahun, Ini Sebab Madu Tulen Tiada Tarikh Luput
BACA: Dipercayai Cas Telefon Ketika Tidur, Remaja Maut Terkena Renjatan Elektrik
BACA: Video Hina Islam: Suspek Dipercayai Berada Di Luar Negara – KPN
Sumber: Bernama