Siakap Keli
replika hari raya tahun ini
Gambar: Tiktok @farhanbaharin

“Jangan sampai ada yang pergi gigit pula..” Ramai Puji Replika Hari Raya Tahun Ini

“Jangan sampai ada yang pergi gigit pula..” Ramai Puji Replika Hari Raya Tahun Ini

Kurang sebulan lagi, Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma. Sudah tentu ramai umat Islam yang mula membuat persiapan untuk menyambut perayaan ini.

Bermula dari pakaian, makanan, perhiasan diri sehinggalah tidak menang tangan mengemas di rumah.

Begitu juga dengan pusat beli-belah Sunway Putra yang kini sedang membuat dekorasi di ruang lobi pasar raya berkenaan.

Dari Jauh Dah Boleh Nampak Kuih

Menerusi video klip yang dimuat naik di TikTok memaparkan beberapa replika kuih termasuk kuih raya, bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Ruangan tersebut turut dihiasi dengan pelbagai pondok-pondok kecil dengan warna yang menarik perhatian.

“Wehh comel kuih besar gedabak..”

Paling mencuri tumpuan adalah replika ‘bakul’ yang diisi dengan kuih-muih seperti samperit, bahulu, loyang dan puteri ayu.

Apatah lagi tinggi replika berkenaan dapat dilihat dari tingkat atas.

@farhanbaharin

Wehh comel kuih besar gedabak 😆 #raya2025 #hariraya #raya #decoration #sunway #sunwayputramall #kualalumpur #fyp

♬ Ramadan Kareem – Megan Yagami

Sementara itu, di Berjaya Times Square turut mencuri tumpuan ramai apabila menampilkan dekorasi perkampungan Melayu tradisional.

Ia seolah-olah membawa kembali suasana berada di kampung suatu ketika dahulu, dengan rata-rata replika bercirikan rumah kayu lama.

@farhanbaharin

Apa rumah kampung? Aku bagi satu kampung terus 🤩 #raya2025 #hariraya #raya #decoration #kualalumpur #kualalumpur #fyp #berjayatimessquare

♬ Ramadan Kareem – Megan Yagami

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata -rata netizen turut memuji reka bentuk replika tahun ini lebih menarik. Apatah lagi menampilkan dekorasi bertemakan Melayu Klasik seperti variasi kuih-kuih tempatan dan perkampungan Melayu.

Malah ada yang turut menberi idea untuk menambahkan lagi ‘seri’ dekorasi seperti kuih-kuih popular ketika musim perayaan itu.

“Patutla lambat dorang setup deco raya rupanya tunggu kuih raya masak, seloroh seorang pengguna.

“Ni paling best sebab Malaysian theme! Yang lain nak buat antarabangsa,” komen seorang pengguna.

“Patut dia buat kuih rayakan, tart nenas, semperit, almond londons, haha,” tulis seorang lagi.

“Bulan puasa ni jangan ada yang pi makan pulak kuih loyang bawah tu sebab lapar,” seloroh pengguna lain.

Sumber: TikTok @farhanbaharin (1) (2)

BACA: Polis Tembak Mati Warga Emas Ada 14 Rekod Jenayah

BACA: Ini Senarai Lokasi Bazar Ramadan Rahmah 2025

BACA: 11 Tahun Berlalu, MH370 Masih Tiada Jejak

BACA: Polis Tembak Mati Warga Emas Ada 14 Rekod Jenayah

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.