Amaran Ribut Petir Di 7 Negeri – METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 5 petang ini.
Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.
“Di Kelantan, daerah yang terlibat adalah Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang, selain Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu.
“Manakala di Pahang, daerah yang terlibat adalah Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.
“Di Negeri Sembilan membabitkan daerah Jempol, selain negeri Johor membabitkan daerah Segamat, Mersing dan Kota Tinggi,” maklum METMalaysia.
Beralih ke Sarawak pula, daerah yang terlibat adalah Kuching (Kuching), Sri Aman, Mukah (Daro dan Matu), Kapit (Song dan Belaga) dan Limbang.
Selain itu, di Sabah membabitkan daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan) dan Tawau (Lahad Datu).
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
BACA: Orang Ramai Dijemput Hadir Berbuka Puasa Bersama PM Di Putrajaya
BACA: Dakwa Kerap Korek Hidung, Lelaki Terpaksa Jalani Pembedahan Kecemasan
BACA: Detik Cemas Powerbank Terbakar Dalam Tren MRT
Sumber: METMalaysia