Dakwa Kerap Korek Hidung, Lelaki Terpaksa Jalani Pembedahan Kecemasan
Seorang lelaki dari China terpaksa menjalani pembedahan kecemasan selepas tanpa disedari merosakkan arteri wajahnya didakwa akibat tabiat kerap mengorek hidung.
Kisah ini dikongsikan oleh isterinya melalui sebuah video pendek yang dimuat naik ke media sosial dengan harapan dapat menjadi peringatan kepada orang ramai agar tidak terlalu obses dengan tabiat tersebut.
Menurut wanita itu, suaminya sudah lama gemar mengorek hidung, tidak kira ketika berdiri, duduk atau berbaring.
Namun, kebiasaan itu akhirnya membawa padah apabila dia mengalami pendarahan hidung yang tidak dapat dihentikan.
Setelah gagal menghentikan pendarahan meskipun mencuba pelbagai cara, lelaki tersebut akhirnya dikejarkan ke hospital.
Doktor yang merawatnya mengesahkan bahawa arterinya telah pecah dan perlu menjalani pembedahan segera bagi menghentikan pendarahan serta ‘membaiki’ kerosakan yang berlaku.
Dalam rakaman terbaharu yang dimuat naik, isterinya berkongsi keadaan suaminya yang sedang berbaring dalam proses pemulihan.
Pakar kesihatan menegaskan bahawa tabiat mengorek hidung secara berlebihan boleh mengundang pelbagai risiko, termasuk jangkitan, kerosakan pada mukosa hidung serta kecederaan pada saluran darah.
Dalam kes tertentu, ia bahkan boleh menyebabkan pendarahan serius akibat pecah arteri.
BACA: ‘Siuuu’ Faisal Halim Kembali Bergema, Ledak Hatrik Bantu Selangor Benam KDN
BACA: Detik Cemas Powerbank Terbakar Dalam Tren MRT
BACA: Pemuda Cuba Buat Resipi KA Tapi Lain Pula Jadinya
Sumber: Oddity Central